Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA
Selasa

24 November 2020

3:12:02 PTG
1089161

Pernyataan media MA’ALA, tentang isu penghinaan terhadap Rasulullah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan isu penghinaan terhadap Rasulullah, Majlis Talabah Malaysia (Ma'la) mengeluarkan pernyataan rasminya sebagai kekesalan terhadap sikap sambil lewa pemimpin Perancis yang boleh mencetuskan ketegangan agama.

Berikutan penghinaan terhadap Rasulullah, yang mengguris perasaan komuniti Muslim di seluruh dunia, maka dengan ini, Majlis Tertinggi Talabah Malaysia melahirkan rasa kesal dengan keangkuhan Presiden Emmanuel Macron yang mengambil tindakan berat sebelah, menyokong provokasi agama dan menyemarakkan lagi Islamfobia di benua Barat.

Presiden sebuah negara yang maju seperti Perancis ini, seakan-akan bergembira, meminggirkan keharmonian kehidupan rakyatnya sendiri. Sikap prejudis presiden Perancis ini menunjukkan gagalnya keadilan sosial dalam sistem pemerintahannya, padahal bukan hanya orang seperti beliau sahaja yang hidup di atas muka bumi ini.

Bahkan ia merupakan taktik lapok dalam memberi kredit terhadap kumpulan radikal bertopengkan agama Islam seperti ISIS, Jabha Nusra dan al-Qaeda agar meneruskan keganasan mereka di samping mencemarkan imej agama Islam.

Meskipun demikian, kekeruhan yang sengaja dicetus dalam isu ini tidak dapat mencegah perkembangan ajaran Nabi Muhammad (s.a.w) yang semakin mendapat tempat di hati penduduk Barat sehingga kemunculan Imam Mahdi a.j.f.

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ [التوبة : 32]

Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (At-Taubah ayat 32)

Majlis Tertinggi Talabah Malaysia dengan ini menyeru masyarakat, serta pejuang kebebasan di seluruh dunia agar turut setiakawan dalam gelombang protes negara-negara Muslim terhadap gerakan anti Ketuhanan dan kemanusiaan ini, termasuk pemboikotan produk buatan Perancis.

Semoga protes besar-besaran di seluruh dunia dapat menyatukan umat Islam dan memberikan penyesalan terhadap golongan yang angkuh, mengembalikan keharmonian hidup dan sikap hormat menghormati sesama insan.

Majlis Talabah Malaysia (MA’ALA)
29 Oktober 2020

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan isu penghinaan terhadap Rasulullah, Majlis Talabah Malaysia (Ma'la) mengeluarkan pernyataan rasminya sebagai kekesalan terhadap sikap sambil lewa pemimpin Perancis yang boleh mencetuskan ketegangan agama.