Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

28 November 2020

4:22:17 PTG
1090279

Dalam perutusan mengenai pembunuhan saintis nuklear,

Pemimpin Revolusi tekankan, hukuman terhadap dalang dan penerusan usaha Fakhrizadeh

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dalam pesanannya hari ini menekankan perlunya hukuman muktamad bagi dalang pembunuhan Mohsen Fakhrizadeh dan penerusan usaha gigih ilmiah dan teknikal saintis tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dalam pesanannya hari ini menekankan perlunya hukuman muktamad bagi dalang pembunuhan Mohsen Fakhrizadeh dan penerusan usaha gigih ilmiah dan teknikal saintis tersebut.

Menurut laporan Iran News Agency (IRNA) pada hari Sabtu, dari portal rasmi Pejabat Pemimpin Tertinggi, teks pesanan Ayatollah Khamenei adalah seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mohsen Fakhrizadeh, seorang saintis bidang nuklear dan pertahanan terkemuka negara, syahid dibunuh oleh tentera upahan penjenayah dan penzalim. Sesungguhnya peribadi keilmuannya tiada tolok banding, justeru dikeranakan usaha ilmiahnya yang besar dan abadi, maka jiwa yang dikasihi dan bernilai ini telah gugur di jalan Tuhan, semoga ganjaran kedudukan syahid dikurnia Allah untuknya.

Dua isu penting dalam agenda semua pihak yang terlibat perlu diambil berat, pertama, menjejaki penjenayah ini dan hukuman muktamad atas dalang dan kepalanya. Ke-dua pula, merentasi usaha ilmiah dan teknikal as-syahid di sektor mana jua yang beliau terlibat.

Saya mengucapkan tahniah kepada keluarganya yang terhormat dan komuniti saintis negara ini serta rakan-rakan dan pelajarnya dalam pelbagai bidang, atas kesyahidan beliau dan takziah atas kehilangannya, dan saya meminta Tuhan memuliakan darjatnya.

Sayyid Ali Khamenei
29 November 2020

---------------------

ABNA Melayu/177