Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

29 November 2020

2:17:01 PTG
1090482

MAPIM kecam serangan pengganas ke atas 'Mohsen Fakhrizadeh'

"Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)" dalam satu pernyataan mengecam pembunuhan saintis nuklear terkemuka Iran 'Mohsen Fakhrizadeh'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - "Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)" dalam satu pernyataan mengecam pembunuhan saintis nuklear terkemuka Iran 'Mohsen Fakhrizadeh'.

Dalam kecaman yang dikeluarkan oleh pengerusinya, dalam status Facebook, Mohd Azmi Abdul Hamid menyatakan simpati yang mendalam kepada rakyat Iran dan keluarga Fakhrizadeh yang gugur syahid.

Pembunuhan ini tidak menghalang rakyat dan pemerintah Iran untuk menentang keganasan negara Amerika Syarikat (AS) dan Israel, tambahnya.

Pembunuhan Mohsen Fakhrizadeh terjadi setelah pembunuhan AS terhadap jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani, yang boleh membawa akibat yang serius dan mengerikan bagi wilayah serantau dan dunia.

Sambil menyifatkan kematian Fakhrizadeh sebagai syahid, beliau berkata Fakhrizadeh adalah tokoh penting di Iran yang berupaya mengembangkan kemampuan Iran dalam usaha-usaha ilmiah.

Pembunuhan saintis Iran dilakukan dengan tujuan memberi tekanan maksimum kepada Iran untuk mencegah kemajuan ilmiah dan pertahanan, tambahnya.

Beliau juga yakin Israel adalah dalang disebalik pembunuhan ini.

Fakhrizadeh menjadi sasaran pada hari Jumaat dalam serangan hendap yang melibatkan sekurang-kurangnya satu letupan dan tembakan oleh sejumlah penyerang di kota Absard, daerah Damavand, kota Tehran.

--------------------

ABNA Melayu/177