Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Jumaat

4 Disember 2020

6:30:09 PTG
1092190

Arab Saudi nafi terbabit pembunuhan saintis nuklear Iran

Seorang menteri kanan Arab Saudi semalam membidas, sekali gus menafikan dakwaan Menteri Luar Iran bahawa Riyadh memainkan peranan dalam kes pembunuhan saintis nuklear terkemuka, Mohsen Fakhrizadeh.

Agensi Beita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang menteri kanan Arab Saudi semalam membidas, sekali gus menafikan dakwaan Menteri Luar Iran bahawa Riyadh memainkan peranan dalam kes pembunuhan saintis nuklear terkemuka, Mohsen Fakhrizadeh.

Fakhrizadeh terkorban, Jumaat lalu, selepas kenderaan dinaiki beliau serta pengawal peribadi menjadi sasaran serangan bom dan tembakan di sebatang jalan utama di luar Tehran, sekali gus meningkatkan ketegangan antara Iran dengan seterunya.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, dalam satu hantaran melalui Instagram, kelmarin, mendakwa satu perjumpaan sulit di Arab Saudi antara Putera Mahkota, Mohammed Salman, dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menyumbang kepada pembunuhan itu, sekali gus menuduh ia adalah satu 'konspirasi'.

"Menteri Luar Iran, Zarif, terdesak untuk menyalahkan Arab Saudi atas sebarang kejadian negatif di Iran.

"Adakah beliau akan menyalahkan kami atas kejadian gempa bumi atau banjir yang seterusnya?

"Bukan menjadi dasar Arab Saudi untuk terbabit dalam pembunuhan," kata Menteri Hal Ehwal Luar, Adel al-Jubeir, melalui hantaran dalam Twitter. -Utusan Malaysia

---------------------

177