AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Selasa

8 Disember 2020

2:16:48 PTG
1093654

Bashar al-Assad;

Keganasan adalah produk Barat, bukan dari Islam

Presiden Syria Bashar al-Assad dalam ucapannya dalam pertemuan dengan Kementerian Wakaf berkata, prinsip pemikiran adalah agama dan menentukan kekuatan masyarakat dalam menghadapi taufan yang membinasakan, faktor kestabilan dan keamanan komuniti ini dalam menghadapi pengaruh pemikiran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Syria Bashar al-Assad dalam ucapannya dalam pertemuan dengan Kementerian Wakaf berkata, prinsip pemikiran adalah agama dan menentukan kekuatan masyarakat dalam menghadapi taufan yang membinasakan, faktor kestabilan dan keamanan komuniti ini dalam menghadapi pengaruh pemikiran.

Dia menekankan, "Isu keselamatan dan kehidupan rakyat dapat diselesaikan dengan menyingkirkan masalah dari akar umbinya, tetapi masalah intelektual adalah antara masalah kronik dan tidak dapat disembuhkan."

Tambah beliau lagi, "Pohon pemikiran ialah agama, ini disebabkan agama memberi kesan kepada seluruh tahap kehidupan. Justeru itu, sekiranya pemikiran dihapus maka akhirnya masyarakat juga binasa. Demikianlah alat kemajuan masyarakat ini telah ditukar menjadi alat pembinasaannya."

Presiden Syria meneruskan ucapannya dengan menyamakan keadaan dunia saat ini bagaikan dibadai ombak, yang geloranya menghempas semua arah, termasuklah keamanan global melalui pengganas, ekonomi global melalui sekatan dan kelaparan, serta pemikiran melalui kesesatan.

"Keganasan bukanlah produk Islam, tetapi hasil dari jurang dalam masyarakat, sementara itu masyarakat Barat sibuk menyebarkan keganasan di rantau ini dengan memanfaatkan jurang ini," tutur beliau.

Bashar al-Assad menjelaskan, "Orang Barat telah menyebarkan ideologi Wahhabi sebagai ganti wang dolar di rantau ini. Tetapi mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada umat Islam.

Beliau juga merujuk kepada penghinaan baru-baru ini terhadap Islam dan Nabi (s.a.w) di Perancis dan berkata, "Perancis menghadapi pilihan raya tahun depan dan ingin menarik perhatian golongan Islamofobia."

Presiden Syria mengatakan bahawa Turki, menghadapi pilihan raya seperti Perancis. Erdogan telah kehilangan popularitinya dan tidak ada lagi pembohongan yang dapat dilakukannya untuk meyakinkan rakyatnya. Justeru itu dia cuba mempamerkan dirinya sebagai penyokong Islam.
………………….

/177