Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Selasa

8 Disember 2020

11:22:13 PTG
1093745

Amerika senarai hitamkan Universiti Antarabangsa Al-Mustafa Iran

Amerika Syarikat (A.S) menyenaraikan cawangan-cawangan Universiti Antarabangsa Al-Mustafa Iran di luar negara sebagai platform terroristme. Menurut laporan Reuters, Perbendaharaan A.S. menyenaraihitamkan universiti berkenaan, dengan mendakwa Iran menggnunakannya untuk mengambil ahli pasukan Quds bagi tujuan melancarkan gerakan dan operasi perisikan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Amerika Syarikat (A.S) menyenaraikan cawangan-cawangan Universiti Antarabangsa Al-Mustafa Iran di luar negara sebagai platform terroristme. Menurut laporan Reuters, Perbendaharaan A.S. menyenaraihitamkan universiti berkenaan, dengan mendakwa Iran menggunakannya untuk merekrut ahli pasukan Quds bagi tujuan melancarkan gerakan dan operasi perisikan. 


Laporan juga menyebut Yousef Ali Muraj, seorang warga Pakistan yang beroperasi di Iran menyokong usaha Pasukan Quds menjalankan operasi di Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Muraj dan universiti itu disenarai di bawah Perintah Eksekutif A.S. 13224, yang membolehkan Washington menyekat aset individu dan entiti asing dari melakukan pergerakan, atau menimbulkan risiko besar melakukan, keganasan.

Pasukan Quds sendiri merupakan organisasi pengganas asing yang telah ditetapkan A.S.

Dalam perkembangan terkini, A.S. mengenakan sekatan keganasan ke atas diplomat Iran kepada Houthi pada hari Selasa, sebagai langkah yang mungkin bertujuan untuk menekan kelompok itu mencapai kesepakatan bagi mengakhiri perang lima tahun di Yaman.

Perbendaharaan A.S. menggambarkan Hasan Irlu sebagai pegawai Pasukan Quds elit Iran, cabang Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran dan tonggak usaha Iran untuk mengukuhkan kekuatannya di Yaman, Syria dan di tempat lain.

Keputusan untuk menyenaraikan Irlu muncul sebagai isyarat kepada kelompok Houthi yang disokong Iran, kini giat memerangi gabungan ketenteraan pimpinan Saudi di Yaman sejak 2015.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berusaha untuk menghidupkan semula rundingan damai yang terhenti sejak akhir 2018 untuk mengakhiri perang yang telah mengalami kebuntuan ketenteraan selama bertahun-tahun, dengan etnik Houthi yang menguasai ibu kota, Sanaa, dan kebanyakan pusat bandar besar.

Washington dan Arab Saudi melihat kumpulan Yaman sebagai pengaruh Iran jangka panjang di rantau ini. Dua sumber yang memaklumkan isu itu memberitahu Reuters bulan lalu bahawa pentadbiran Presiden AS Donald Trump, dalam usaha untuk menyokong Saudi, telah mengancam untuk menyenarai hitam gerakan Houthi.