Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

9 Disember 2020

5:28:01 PTG
1094067

Ulama Syiah Senior 'Ayatollah Mohammad Yazdi' meninggal Dunia

Ulama revolusioner dan pejuang ini akhirnya meninggalkan dunia yang fana ini hari ini, 9 Disember 2020, setelah lama terlantar sakit setelah melalui perjuangan sepanjang hayat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Muhammad Yazdi meninggal dunia pada hari Rabu setelah jatuh sakit dalam tempoh yang panjang.

Beliau dilahirkan pada tahun 1931 di pusat bandar Isfahan, Iran. Ayatollah Yazdi menjadi tokoh politik terkemuka setelah kemenangan Revolusi Islam pada tahun 1978.

Ayatollah Mohammad Yazdi, yang merupakan ketua Majlis Tertinggi Persatuan Guru Hawzah Qom dan mantan ketua Ahli Majlis Kepemimpinan, meninggal dunia pada pagi Rabu.

Pada awalnya beliau berguru dengan ayahnya dengan belajar bahasa Parsi dan kemudian bersekolah.

Setibanya di Qom, Ayatollah Yazdi menetap di madrasah Faizieh. Pada masa itu, Ayatollah Boroujerdi menguji sebilangan pelajar yang mempunyai kemampuan dalam bidang ilmu agama. Dengan mengikuti kursus berbagai peringkat, beliau mempelajari dengan baik kitab risalah, kifayah al-ushul dan mengikuti pelajaran para ulama besar senior, termasuk Ayatollah Boroujerdi dan Imam Khomeini.

Usaha ilmiahnya pada tahun-tahun itu memungkinkan dia mendapatkan izin untuk berijtihad daripada Imam Khomeini. Beliau mengikuti kuliah Bahtsul Kharij para sarjana besar seperti Ayatollah Boroujerdi, Ayatollah Arakiyya, Ayatollah Sheikh Mohammad Taghi Amoli, Ayatollah Shahroudi, serta kursus penuh dalam Bahtsul Kharij Imam Khomeini.

Semasa perjuangan menentang rejim imperialis, walaupun dalam buangan, Ayatollah Yazdi, tidak berhenti menulis untuk menjelaskan ajaran Islam, menerbitkan banyak buku dan artikel. Setelah memasuki hawzah Qom, beliau memulai perjuangan serentak dengan pelajaran. Dengan mengikuti kursus Imam Khomeini (RA) dan perjumpaan awam, beliau menunjukkan kemampuan dan kesungguhannya untuk mengikuti arus politik serta dasar Imam (RA).

SAVAK mengusirnya berkali-kali, yang paling lama di kota Rudbar selepas pelabuhan Lengeh dan Bushehr, tetapi rumahnya adalah pusat usaha dan penyelesaian banyak urusan arus revolusi pada malam-malam kemenangan Revolusi Islam. Rumah beliau adalah rumah yang sama di mana Imam (ra) tinggal setelah kemenangan revolusi sebelum beliau kembali ke Qom.

Ayatollah Mohammad Yazdi telah bekerjasama dengan Persatuan Guru Hawzah Qom sejak awal penubuhannya. Setelah kemenangan Revolusi Islam, beliau selalu berkhidmat kepada pemerintahan Iran dan menjadi jentera Imam Khomeini yang berbakat.

Selepas kemenangan Revolusi Islam, almarhum menjadi ketua pejabat Imam di Qom, ahli Majlis Ahli-ahli Perlembagaan, wakil Majlis Perundingan Islam dari Qom dan Tehran, ketua Mahkamah Revolusi Qom, anggota Majlis Pengawal, ketua kehakiman, wakil Ahli Majlis dan ketua Persatuan Guru Seminar Qom.

Ulama revolusioner dan pejuang ini akhirnya meninggalkan dunia yang fana ini hari ini, 11 Disember 2020, setelah lama terlantar sakit setelah melalui perjuangan sepanjang hayat.