Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Ahad

13 Disember 2020

5:39:14 PTG
1095410

Etnik Rohingya di KL didakwa rancang serangan di India dengan sokongan Zakir Naik

Aliran tunai kepada seorang pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur dipercayai mempunyai kaitan dengan pendakwah Dr Zakir Naik. India tingkatkan keselamatan negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Agensi Perisikan India mendakwa berjaya memintas transaksi kewangan berkait rapat dengan pendakwah buruan, Zakir Naik kepada seorang wanita yang menjadi ketua kumpulan etnik Rohingya berpangkalan di Malaysia mungkin yang mengatur serangan keganasan di negara ini, lapor Times of India.

Perisikan ini mendedahkan kumpulan pimpinan wanita, yang telah dilatih di Myanmar, bermungkinan akan melakukan serangan di sebuah bandar India dalam beberapa minggu depan.

Badan perisikan itu juga memberi amaran kepada polis dan biro perisikan untuk meningkatkan pengawasan, pada Jumaat lepas.

Laporan perisikan menyatakan sejumlah besar urus niaga sekitar 2 juta dolar berpusat di India yang mencurigakan telah dikesan kepada pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan ia berkaitan dengan Mohammed Naseer dan ulama Islam kontroversi, Zakir Naik. Dokumen perisikan menyatakan bahawa suspek yang berpangkalan di Chennai, telah menerima sebahagian daripada dana ini. Maklumat lanjut menyatakan, para penyerang bunuh diri akan menyusup ke India pada pertengahan atau akhir Disember melalui Bangladesh. Asal usul atau sebarang maklumat berkaitan identiti wanita yang kononnya dilatih di Myanmar untuk melakukan huru hara ini tidak jelas namun ia hanya disyaki telah menyusup ke Myanmar dari Malaysia awal tahun ini, kata sumber.

Zakir Naik menjadi buruan oleh pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

..........................

177