Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Isnin

21 Disember 2020

3:22:02 PG
1097876

Penghargaan Ayatollah Safi Golpaygani kepada halim Mahkamah Perlembagaan Austria

Ayatollah Safi Golpaygani ucap terima kasih dan penghargaan kepada hakim mahkamah perlembagaan Austria yang memansuhkan undang-undang larangan hijab di sekolah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Safi Golpaygani mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mahkamah Perlembagaan Austria dalam sepucuk suratnya berkenaan pemansuhan undang-undang melarang hijab di negara itu.

Teks surat rujukan yang sangat baik ini adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tuan Yang Terutama Dr. Christoph Grabenwarter

Yang Berhormat Halim Mahkamah Perlembagaan Austria

Dengan ucapan dan tahniah

Martabat dzat manusia yang merupakan kurniaan Tuhan kepada anak-anak manusia dengan segala warna, bahasa, budaya dan geografi, selalu dilanggar dan dirosak oleh sistem penguasaan.

Orang-orang terpelajar dan badan kehakiman dalam mana-mana masyarakat, adalah bertanggung jawab melindungi hak asasi manusia dan memberikan keadilan, juga memiliki peranan terbesar dalam mengendalikan pemerintahan. Mereka memiliki peranan sebagai pencegah terhadap ketidakadilan, kelangsungan penindasan, penganiayaan terhadap bangsa, budaya, adat istiadat dan kepercayaan agama.

Tindakan yang wajar dari Mahkamah Perlembagaan Austria, terutama peranannya yang adil dan terhormat oleh Tuan Yang Terutama dan hakim-hakim tinggi lain dalam merealisasikan hak kepercayaan Muslim di negara anda serta penghapusan keputusan penindasan yang melarang orang Muslim dalam hak untuk berhijab adalah sumber kegembiraan dan kebahagiaan bagi umat Muslim termasiklah dunia dan cendekiawan lain yang berpendidikan agama Ibrahimiyah.

Saya mengucapkan terima kasih, memberi penghargaan atas tindakan kemanusiaanserta tindakan adil anda terhadap umat Islam Austria dan saya mengucapkan kejayaan yang lebih baik.

19 Disember 2020

4 Jamadi Al-Awali 1442 Hijrah

Ayatullah Safi Golpaygani

Mahkamah Perlembagaan Austria (VfGH) sebelum ini membuat keputuran memansuhkan undang-undang "Larangan hijab di sekolah rendah", yang sebelumnya telah disetujui dan dilaksanakan pada musim gugur 2019.