Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Televisyen al-Mayadeen melaporkan kisah orang Iran berjaya menggodam telefon bimbit seorang menteri Israel
Tahun lalu, dan khususnya pada bulan Mac, mantan ketua kakitangan tentera Israel ketika itu dan Menteri Keselamatan Israel sekarang, Benny Gantz, mengakui bahawa telefon bimbitnya telah digodam oleh orang Iran.
"Saluran 13" televisyen Israel, menyiarkan kisah penggodaman telefon bimbit Gantz oleh orang Iran, melalui progam penyiasatan program "Ovda", yang baru-baru ini ditunjukkan, memperoleh pengesahan rasmi dari ketua Shin Bet dan penasihat strategik Gantz ketika ini, Ronen Tzur.
Pengacaranya, Ovda Ilana Dayan berkata, "Gantz memberitahunya bahawa orang-orang Iran telah berjaya menembusi telefon bimbitnya dan mengeluarkan bahan-bahan yang ada di dalamnya, termasuk semua yang dia lakukan, setiap penerbangan, dan setiap kamar yang dia minta di hotel."
Diane mengatakan bahawa Agensi Keselamatan Israel "Shin Bet" meminta untuk memeriksa apa yang disimpan Gantz dalam telefon bimbitnya, dan hasil siasatan menunjukkan tiada bahan keselamatan yang sensitif, tetapi "Saya dapati ada bahan yang sangat peribadi untuk Gantz."
Dia menjelaskan bahawa Gantz tidak memberitahu stafnya pada waktu itu, tetapi "Dikeranakan sebab tertentu, akhirnya dia memberitahu sejumlah orang dekat yang ada di sekelilingnya."
Seorang tokoh terdekat dengan Gantz pada waktu itu, mendedah bahawa dia telah menerima pesan teks daripada Gantz, yang menulis: "Sesuatu yang buruk terjadi, saya hampir mati."
Dayan menambahkan, "Parti Likud bercita-cita untuk menerbitkan bahan memalukan Gantz," yang bermaksud bahan yang tidak berkaitan dengan penggodaman itu sendiri, tetapi, "Perkara ini dibatalkan kerana bombang termasuk dalam acara jenayah."
Namun, penasihat strategik Gantz, Ronen Zur, mengatakan di sisi lain, iaitu Gantz juga memiliki bahan-bahan yang mampu memalukan dan memberi kesan kepada Netanyahu, sama sebagaimana yang cuba memalukan Gantz.” . Dia menambah bahawa bahan-bahan ini "belum diterbitkan hingga hari ini."
--------------------
177