Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Selasa

5 Januari 2021

2:47:20 PG
1103170

Upacara pengebumian Ayatollah Mesbah Yazdi di Qom

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jenazah Almarhum Ayatollah "Mohammad Taqi Mesbah Yazdi", selamat dikebumikan hari Isnin. Beliau merupakan anggota Majlis Khubregan Rahbari dan bekas ketua Majlis Tertinggi Majma’ Jahani Ahlel Bait (a.s). Upacara pengebumian Ayatollah Mesbah Yazdi diadakan pagi Isnin dari ruang solat Quds ke Permakaman Hadzrat Masoumeh (a.s) di hadapan sejumlah besar pelajar, ulama, masyarakat umum, tokoh negara dan tentera. Ayatollah "Hossein Nouri Hamedani", mengimamkan doa ke atas Ayatollah Yazdi dan setelah itu jenazahnya dikebumikan di tempat tersebut. Hazrat Akhtar, Nawab, Mohammadi Iraqi dan Ramezani, anggota Majlis Tertinggi dan Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) turut hadir dalam upacara tersebut.