Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Selasa

5 Januari 2021

2:56:54 PG
1103171

Sekatan Barat sia-sia;

Proses memperkaya 20% uranium sudah bermula di Iran

Iran bertindak meningkatkan pengayaan 20% uranium sebagai tindak balas terhadap pembunuhan saintis nuklearnya dan mencabar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jurucakap Kerajaan Republik Islam Iran mengatakan, “Beberapa minit yang lalu (petang Isnin, 4 Januari 2021), proses menghasilkan uranium dengan pengayaan 20% telah bermula di kompleks pengayaan Shahid Alim Mohammadi (Fordow).

"Ali Rabiee" mengulas tentang bagaimana peraturan Undang-Undang Tindakan Strategik untuk Penghapusan Sekatan dapat dilaksanakan, "Kerajaan telah mengumumkan ia sesuai dengan undang-undang yang disetujui oleh parlimen itu dan akan mematuhinya." Walaupun kerajaan tidak menganggap rancangan itu berjalan dengan baik pada peringkat awal dan mengkritiknya, karena tidak berunding dengan kerajaan dalam persetujuan terakhirnya, isu-isu ini tidak mempengaruhi komitmen kerajaan Iran untuk menerapkan undang-undang ini.

Jurucakap kerajaan Iran menambah: "Presiden Rouhani baru-baru ini memerintahkan pelancaran 20% pengayaan, sebagai langkah awal mencabar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. Proses suntikan gas telah bermula dan produk UF6 pertama akan terhasil dalam beberapa jam.”