Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Khamis

7 Januari 2021

2:56:39 PG
1103689

Komandan Pasukan Quds;

Hegemoni AS Harus Dihancurkan/Tamparan seterusnya adalah serangan siber

Amerika telah menerima tamparan, iaitu perarakan besar pengkebumian jenazah Syahid Soleimani dan serangan bersejarah ke atas pengkalannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Panglima "Ismail Qaani", komandan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Quds, dalam sambutan ulang tahun pertama kesyahidan Panglima Haj Qassem Soleimani di Kerman berkata, “Sejak mula penciptaan manusia hingga hari ini, peperangan dengan dalaman diri sendiri dan luaran diri berterusan. Pertempuran menunjukkan dua dimensinya.”

Beliau menambah, “Syahid Soleimani adalah salah satu model menggabungkan dua pertempuran ini. Pada mulanya dia menjadi pahlawan dalam pertempuran batin dengan jiwanya dan kemudian pahlawan batin ini muncul di luar sempadan dan di mana pun diperlukan”.

Sambil menegaskan Islam berkait rapat dengan perjuangan, beliau berkata: "Kami adalah anak-anak Nabi dan pemimpin para syuhada. Tatkala Nabi mengajar kita adab sembahyang, baginda juga turut menetapkan jalan perjuangan."

“Dalam menghadapi barisan perlawanan Islam, pihak musuh hanya bermuka-muka sahaja, mereka tahu salah satu kekurangan terbesar mereka ialah tidak faham.

“Hari ini, Imam kita yang hormati mengatakan Syahid Soleimani adalah nama dan simbol perlawanan bangsa-bangsa Muslim, yang bermaksud bahawa tokoh ini menjulang bendera perlawanan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan mengajak umat Islam kembali ke nilai yang besar ini.

“Perlawanan bukanlah sesuatu rekaan dan dapat didefinisi oleh Syahid Soleimani, tetapi Syahid Soleimani mengingatkan rakan-rakan dan sahabatnya di sekolah ini bahawa perlawanan mempunyai akar umbi yang mendasar prinsip agama,” jelas beliau.

Panglima Besar Qa’ani menambah, hari ini bidang perlawanan memerlukan syaratnya tersendiri, “Islam selalu berada di medan perlawanan dari masa ke masa, terutama mazhab Syiah yang hebat, dan para ulama besar berada di barisan hadapan dalam hal ini; Hari ini, Pemimpin Tertinggi Revolusi diketuai oleh Ayatollah al-Uzma Imam Khamenei.”

Sambil menjelaskan keluhuran medan perjuangan sentiasa mempunyai prinsip, perhitungan, panduan agama, dan kehendak Tuhan, beliau menjelaskan. “Sejak tahun-tahun mutakhir, jika kita lihat tatkala Amerika melakukan jenayah perang ekakutub dalam 20 tahun yang lalu, mereka dapat lakukan sesuka hati di dunia, tiada siapa yang dapat memulakan perjuangan menghadapi mereka, kini mereka telah kalah.”

Panglima Pasukan Quds IRGC menyatakan, “Orang Amerika memulakan perang di Afghanistan dan dikalahkan di sana; Satu ketika di Iraq pula, mereka gagal dan pulang dalam keadaan yang buruk.

"Setelah beberapa kekalahan, Amerika mencipta unsur-unsur kotor yang disebut Takfiri di dunia ini dan dengan wang negara-negara tercemar di rantau ini, termasuk Arab Saudi, dan dengan rancangan negara-negara penjahat di rantau ini, termasuk rejim penjajah Palestin, mencipta anasir Takfiri yang haus darah. Tetapi sekali lagi, Amerika gagal dengan teruk, dan ketika mereka melihatnya di berbagai bidang, walaupun mereka semua bekerja keras, tetapi masih gagal,” tegas beliau.

Qa’ani berkata, pembalasan mempunyai mukadimah. Musuh sudah menerima dua tamparan, manakala tamparan berikutnya akan dijelaskan oleh Pemimpin Agung Revolusi. Tambah beliau, “Tamparan pertama ialah perarakan Panglima Quds (syahid Soleimani), tamparan kedua ialah serangan ke atas pengkalan Amerika. Tamparan berikutnya amat penting iaitu serangan siber, yang membinasakan kesombongan kuasa besar dunia.”

Tutur beliau lagi, "Insya Allah, jalan ini telah dimulakan, dengan lebih banyak usaha dan dengan bimbingan yang diberikan oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi kepada golongan elit dan pemuda Iran, hegemoni Amerika Syarikat harus dihancurkan."