Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Ahad

17 Januari 2021

5:42:05 PTG
1106791

Ulama Pakistan bantah filem kontroversi ‘The Lady of Heaven’

Ulama Pakistan meminta kerajaanya mencegah filem kontroversi ‘The Lady of Heaven’

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ulama dan pemimpin agama Syiah Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya filem kontroversi ‘The Lady of Heaven’ yang menyebutnya sebagai konspirasi musuh-musuh Islam untuk menyalakan api perselisihan di kalangan umat Islam. Mereka turut mendesak kerajaan Pakistan untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan konspirasi tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, para ulama kanan Syiah Pakistan mengutuk konspirasi yang disertai unsur-unsur jahat yang disokong oleh kuasa angkuh, termasuk rejim Zionis dan boneka mereka iaitu Britain.

Kenyataan itu, yang ditandatangani oleh puluhan tokoh agama terkemuka, ulama Syiah, dan pemimpin hawzah, sambil menyatakan kebencian terhadap gerakan sektarianisme selaku tentera upahan musuh-musuh Islam, terutamanya dilakukan oleh seorang individu itu.

Mereka mengatakan Yasser Al-Habib, penerbit filem 'The Lady of Heaven' yang mana dengan perbuatan jahat ini dia ingin menghancurkan suasana kedamaian dan persaudaraan antara negara-negara Islam dari mencapai matlamat kekuatan sombong untuk menyakiti perasaan masyarakat Islam .

Menyatakan pandangan mereka, para ulama Pakistan menyeru umat Islam dari semua mazhab agama Islam dan pengikut Ahl al-Bayt (AS) mengutuk tindakan provokatif tersebut dan menentang konspirasi musuh-musuh Islam.

Mereka mengatakan bahawa adalah kewajiban semua umat Islam untuk mendedah rancangan utama tentera upahan dari perkhidmatan perisik Barat-Zionis.

Para ulama Pakistan telah meminta pemerintah Pakistan mengambil tindakan segera untuk menghentikan penerbitan filem penghujatan ‘The Lady of Heaven’ sambil menegaskan perlunya tindakan antarabangsa yang berkesan untuk mencegah tindakan memecah belah.

Duta Besar Republik Islam Iran ke Pakistan semalam dalam pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ugama mengatakan bahawa penerbitan dan pelepasan filem tersebut adalah konspirasi terbaru kuasa asing untuk menghasut perselisihan sektarian dan mengganggu keamanan.

Beliau berkata, Republik Islam Iran menganggap apa-apa tindakan yang menyebabkan perpecahan sebagai pengkhianatan kepada Nabi Islam, Nabi Muhammad (s.a.w).

Sebagai tindak balas terhadap filem kontroversi itu Menteri Hal Ehwal Ugama Pakistan, Pir Noor-ul-Haq Qadri mengatakan bahawa membuat filem seperti itu adalah tindakan menentang perpaduan. Kami telah meminta Perdana Menteri Pakistan untuk membangkitkan masalah ini dengan pemerintah Britain melalui saluran diplomatik.

Beliau menambah Pakistan meminta OIC mengadakan forum dengan perwakilan dari semua anggota organisasi yang secara khusus memantau langkah-langkah seperti produksi dan penayangan filem anti-Islam.

------------------

177