Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

3 Februari 2021

7:48:42 PTG
1112102

Sayyid Ali Khamenei;

Barat memandang wanita sebagai objek komoditi

Upacara tahunan ulang tahun kelahiran Fatimah Zahra (a.s) telah diadakan di masjid besar Mosalla Tehran dengan penyertaan kumpulan penyair pada (Rabu) 3 Februari 2021, melalui konferensi video.


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pada kesempatan ulang tahun kelahiran Hazrat Zahra (a.s), Pemimpin Revolusi Islam, Sayyid Ali Khamenei menyatakan, “Tidak seperti pandangan Barat tentang wanita, mereka menganggap wanita sebagai produk komoditi, sedangkan Islam menganggap wanita makhluk dihormati dengan nilai suci."

Beliau berkata demikian dalam ucaptama ulang tahun kelahiran Sayyidah Fatimah az-Zahra (a.s) dalam sidang video yang disertai sejumlah penyair Ahlul Bayt pada pagi Rabu. Beliau menggambarkan Fatimah sebagai Siddiqah al-Tahirah sebagai perwujudan konsep Islam tertinggi terhadap wanita, ibu, dan isteri. Katanya, "Pandangan Islam dan Republik Islam terhadap wanita adalah makhluk dihormati. Sedangkan individu yang cenderung kebaratan biasanya memandang mereka sebagai komoditi dan objek."

Beliau menekankan, “Dalam Islam, tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi tanggapan dan nilai-nilai kemanusiaan. Selain mempunyai peranan yang sama, sudah tentu masing-masing lelaki dan wanita mempunyai tugas khas. Oleh itu, Tuhan Yang Mahakuasa telah menciptakan struktur fizikal mereka sesuai dengan tugas-tugas istimewa ini."

Beliau menambahkan, "Kami bangga dengan pandangan Islam, sedangkan kami benar-benar keberatan terhadap pandangan barat tentang wanita dan gaya hidupnya."

Merujuk kepada propaganda barat mengenai Islam dan Hijab Muslim yang menghalangi kemajuan wanita, Ali Khamenei berkata, "Ini adalah pembohongan terang-terangan, dan alasan yang jelas untuk gambaran sebenar keadaan wanita di Republik Islam."

Beliau selaku Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran melanjutkan dengan berkata, “Tidak ada rekod sejarah Iran mencapai sejumlah besar wanita berpendidikan yang aktif dalam berbagai bidang sosial, budaya, seni, ilmiah, politik dan ekonomi (sekarang). Semua ini telah dicapai berkat Republik Islam."

Jelas beliau lagi, “Menurut pandangan Islam, landasan terkuat untuk latihan intelektual dan spiritual adalah inti kekeluargaan. Dalam inti inilah yang disediakan landasan untuk pertumbuhan sebenar wanita dalam pelbagai bidang."

Beliau juga menekankan keperluan menjaga adab Islam dalam berbicara dan mengelakkan penggunaan kata-kata yang menyinggung perasaan dan saling memfitnah di media dan dunia maya.

Sambil mengucapkan tahniah atas ulang tahun kelahiran Fatimah az-Zahra Ali Khamenei menceritakan status wanita dan ibu yang begitu tinggi. Beliau juga mengucapkan tahniah atas ulang tahun kelahiran Imam Khomeini dan juga ulang tahun Perayaan Sepuluh Hari Fajar (Awal Revolusi). Ali Khamenei merujuk kepada keperibadian Hazrat Zahra, peranannya yang menonjol sebagai puteri kesayangan Nabi (s.a.w), peranannya sebagai isteri Imam Ali (a.s) dan ibu kepada empat cahaya mata, yang menkadi pewaris Nabi. Beliau melanjutkan dengan mengatakan, “Selama hidupnya, Fatimah menghadapi banyak kemelut, cabaran dan penderitaan yang unik. Tetapi beliau menjadi teladan dalam semua bidang, termasuk: menjadi isteri dan ibu, membesarkan anak-anak, berjuang demi Tuhan, memerintahkan kebaikan dan melarang kejahatan, menyembah dan memperhambakan diri kepada Tuhan dan menunjukkan ketulusan. Beliau menunjukkan darjat seorang wanita dapat mencapai martabat tinggi dari kesucian. "

Pemimpin Revolusi Islam ini juga menggambarkan Fatimah az-Zahra, Ali, dan anak-anak kesayangan mereka (a.s) sebagai contoh keluarga Muslim yang sempurna. Dengan mengikuti teladan mereka, tersemailah perasaan bekerjasama, sebulat suara, ketulusan dan ketekunan, maka kita dapat membantu masyarakat Islam mencapai kegemilangan."

Tambah beliau, “Kadang-kadang, hati menjadi terkilan kerana beberapa perkara. Tetapi mereka tidak boleh marah kerana mempunyai tanda keikhlasan, semangat kerjasama dan ketekunan tulen Ahlul Baoit yang dapat dilihat dengan mudah di Republik Islam. Kelengkapan semangat Sukarela Rakyat (Basiji), perkhidmatan yang diberikan oleh para syuhada dalam bidang sains nuklear, usaha yang dilakukan oleh kumpulan pejuang, ribuan pasukan muda mudi dalam bidang budaya dan sains serta suasana indah yang diciptakan oleh jururawat dan doktor dalam memerangi Coronavirus sebenarnya adalah contoh yang mengikuti peta jalan yang sama."

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menyatakan bahawa pandangan Islam mengenai wanita menyiapkan jalan untuk menonjolkan peranan penting keluarga dan ibu, dan beliau menekankan bahawa asas yang paling kuat untuk latihan intelektual dan rohani dan persekitaran yang paling ikhlas, kemesraan adalah tersemai dalam kehidpuan ahli keluarga, "Namun, mesin propaganda barat dan malangnya beberapa individu barat di negara ini berusaha menghilangkan dan merosakkan peranan penting ibu dalam keluarga."