Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

17 Februari 2021

5:12:46 PTG
1116408

Ayatullah Akhtari;

Almarhum Jalaluddin Rakhmat terkenal menyebarkan ajaran Ahlul Bait (a.s) di Indonesia

Ayatullah Mohamad Hasan Akhtari menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Dr. Jalaludin Rakhmat dan berpesan agar perjuangan gigih tokoh ini diteruskan oleh anak-anak dan para murid beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mohammad Hassan Akhtari, Ketua Majlis Tertinggi Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), mengirim perutusan takziah atas kematian Dr. Jalaluddin Rakhmat, Ketua Majlis Syura IJABI (Ikatan Jemaah Ahlul Bait Indonesia)

Terjemahan teks mesej takziah adalah seperti berikut:

 

Dengan nama Tuhan

مِنَ المُؤمِنينَ رِجالٌ صَدَقوا ما عاهَدُوا اللَّهَ عَلَيهِ  فَمِنهُم مَن قَضى نَحبَهُ وَمِنهُم مَن يَنتَظِرُ وَما بَدَّلوا تَبديلًا (صدق الله العلى العظيم)

Di antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah sedikitpun.

 

Dengan segala kedukaan dan kesedihan, berita kematian cendiakawan berbakat, fasih dan pendakwah yang setia, Profesor Dr. Jalaluddin Rakhmat, presiden IJABI dan mantan anggota DPR negara ini, menimbulkan rasa sebak bagi saya, para pendidik yang lain, pencari jalan, para pencinta, murid dan pengikut Ahlul Bait (a.s) wilayah ini, terutamanya di Indonesia.

Almarhum Dr. Jalaluddin Rakhmat adalah salah seorang pengasas komuniti IJABI di Indonesia dan mempengerusikannya. Beliau adalah anggota tersohor Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) dan dianggap tokoh taqrib yang popular di kalangan umat Islam di negara ini. Beliau bagaikan ayah yang kasih akan anaknya, khadam yang berjasa dan pembela golongan tertindas. Beliau telah terlibat dalam kegiatan dakwah, pendidikan, kebudayaan dan pembaktian. Allahyarham adalah pencinta Ahlul Bait (a.s), salah seorang penyokong dan pembela Revolusi Islam serta idea-idea Islam Muhammad (s.a.w) yang murni, pengikut Imam Khomeini, dan muqallid Pemimpin Tertinggi Imam Khamenei. Beliau memainkan peranan penting dalam menyebarkan ajaran Ahlul Bait (a.s), dan mazhab Syiah. Dalam mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam beliau telah memberikan sumbangan besar. Moga-moga Tuhan Yang Maha Esa akan menyatukannya bersama junjungan besar Islam, penutup para Nabi, Muhammad (s.a.w) dan Ahlul Bait (a.s).

Dengan ini, saya memasyhurkan kehilangan tokoh besar ini. Pada asalnya atas nama saya sendiri dan bagi pihak anggota Majlis Tertinggi Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) yang mengucapkan takziah kepada seluruh bangsa Indonesia yang budiman, umat Islam dan para pengikut Ahlul Bait (a.s), termasuk Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran, alim ulama, para anggota Majma’ secara umumnya, dan para murid professor ini.  Semoga Tuhan Yang Maha Esa untuk meninggikan darjat bagi mujahid dan mukmin di jalan Allah ini di syurga. Semoga beliau ditempatkan bersama para nabi, wali dan syuhada. Saya berharap keluarga, sahabat dan murid-murid beliau dikurnakan kesabaran yang indah serta ganjaran pahala yang besar. Saya memohon anak-anak dan para muridnya agar meneruskan perjuangan beliau.

Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepadaNya jua kita kembali

Mohamad Hasan Akhtari

Ketua Majlis Tertinggi Majlis Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s)

..................

177