Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Isnin

5 April 2021

3:32:50 PTG
1128967

Komander pertahanan udara Iran;

Kami pantau pergerakan musuh di luar sempadan

Pertahanan udara Iran kian maju sejak zaman pencerobohan Saddam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Komandan pertahanan udara Iran, Brigadier Jenderal Ali Sabahi Fard, berkata pada hari Sabtu, bahawa pasukannya mengawasi "pergerakan musuh di luar sempadan," sambil menambah bahawa pada tahap ini mereka telah mencapai kemajuan yang berupaya memantau dan memusnahkan objek pada mana-mana ketinggian sekalipun.

Fard menyentuh perang lapan tahun dengan Iraq (1980-1988), dengan berkata bahawa pertahanan udara mengambil langkah-langkah yang efektif selama tempoh "Pertahanan Suci" dan tidak ada operasi yang dilakukan kecuali di bawah payung pertahanan udara, yang merupakan kebanggaan besar untuk pasukan ini, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

"Selama masa Pertahanan Suci, kami ditempatkan di lebih dari 250 titik di seluruh negara, dan kami tidak izinkan serangan terjadi ke atas pusat-pusat penting seperti pangkalan tentera, lapangan terbang, dan kami mewujudkan keselamatan udara sepenuhnya," katanya.

Fard menekankan bahawa pertahanan udara, terutama di pulau Khark, berfungsi dengan cara yang dapat mengekalkan kelangsungan arteri penting ini dalam penjualan dan penghantaran tenaga dan tidak sekali-kali membiarkan musuh mencangas arteri ini.

Beliau menambahkan bahawa pasukan pertahanan udara menikmati pengetahuan dan teknologi moden, dan menggunakan peralatan terbaru, termasuk sistem canggih, selain melindungi ruang udara negara, ia juga memantau pergerakan musuh yang cuba melintasi sempadan.

..............................................

177