Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

28 April 2021

11:08:47 PTG
1135928

Presiden Hassan Rouhani:

Trump adalah ejen Zionis / Tidak ada cara untuk P5+1 melainkan tunduk kepada Iran

Dalam sesi sidang kabinet pagi Rabu kelmarin, Presdien Rouhani memberi amaran tentang konspirasi musuh yang cuba mencari perpecahan dalam barisan dalaman Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Hassan Rouhani menegaskan bahawa negara-negara " P5+1", termasuk Amerika, telah pun menyedari bahawa tidak ada cara bagi mereka lagi melainkan untuk tunduk kepada Iran. Beliau berkata, "Presiden Amerika adalah rakan Zionis dan menyokong mereka berbagai cara tanpa had lagi, tetapi Trump telah berubah menjadi hamba sahaya yang taat melaksanakan perintah mereka."

Dalam sesi kabinet pagi Rabu ini, Rouhani memberi amaran terhadap konspirasi musuh yang berusaha mencari keretakan dalam barisan dalaman Iran dan berkata, “Kesatuan sesame kita adalah cara untuk mencapai kemenangan dalam mencabut sekatan ekonomi di negara ini dan membebaskan rakyat dari belengu masalah dan kesusahan ekonomi, selain itu mereka yang membocorkan maklumat adalah musuh Iran, rakyat dan kepentingannya.”

Rouhani menjelaskan salah satu kebanggaan pemerintahan Islam di Iran adalah bahawa para pegawai secara bebas menyampaikan visi mereka, dan inilah yang terjadi dalam sesi Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi ketika membincangkan topik-topik penting dan sensitif, tetapi tidak semua yang disampaikan itu disajikan kepada media, banyak aspek yang tetap menjadi dokumen rahsia kemudian pegawai berikutnya mendapat manfaat. Ini disebabkan menerbitkan dokumen-dokumen ini bererti mengeksploitasi secara negatif oleh musuh.

Trump adalah ejen Zionis

Dalam aspek lain dari ucapannya, Rouhani menjelaskan kaum Zionis dan reaksioner Arab di rantau ini dan barisan angkuh Amerika terganggu dalam tempoh ini hingga merasa gugup dan marah kerana melihat kehancuran semua rancangan mereka terhadap Iran.

Rouhani bertanya, “Mengapa mantan Presiden AS Donald Trump jatuh? Dia menjelaskan bahawa dia adalah satu-satunya presiden Amerika yang berubah menjadi ejen entiti Zionis, dan memang benar bahawa para presiden Amerika yang lain adalah sahabat Zionis dan menyokong mereka dengan cara tanpa had.

Rouhani menegaskan bahawa semua yang telah dirancang oleh Zionis dan pembantunya telah runtuh, dan kumpulan P5+1, bahkan rakat Amerika, telah yakin keperluan untuk mematuhi undang-undang dan keputusan antarabangsa, dan menyerah pada hak Iran.

Syuhada Soleimani adalah orang yang luar biasa

Presiden Rouhani bercakap mengenai as-Syahid Qassem Soleimani dan hubungan mereka selama 36 tahun, dengan menekankan bahawa Soleimani adalah individu multi-dimensi yang luar biasa, beliau dikurniakan kecerdasan, ketulusan, pengorbanan dan kesopanan, tetapi dalam masa yang sama beliau tegas dalam sikapnya dan tidak akan mundur dengan mudah.

Beliau menjelaskan bahawa syuhada Soleimani mengambil bahagian dalam sesi penting Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi yang dihadiri oleh ketua tiga pihak berkuasa dan tokoh penting di negara ini, termasuk pemimpin tentera, dan beliau mempunyai sentuhan jelas ketika membincangkan isu-isu penting wilayah seperti seperti Iraq, Syria, Lebanon dan Afghanistan.

Rouhani menambah, hal yang harus diketahui oleh rakyat adalah usaha Soleimani yang mati syahid tidak terhad pada kegiatan ketenteraan dan pertahanan, malah beliau aktif secara diplomatik dan bertemu dengan ketua, menteri atau rujukan tradisional dan perbincangan dengan mereka.