Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Iran Cultural Centre Kuala Lumpur
Ahad

23 Mei 2021

6:43:18 PTG
1143669

Iran ucap tahniah atas kemenangan rakyat Palestin menentang Zionis

Saya berterima kasih kepada Tuhan, Yang Mahakuasa, atas pertolongan-Nya dan penghormatan yang telah Dia berikan kepada para pejuang Palestin. Saya memohon agar Tuhan, Yang Maha Pemurah, mengurniakan ketenteraman dan ketenangan jiwa pada hati orang-orang yang terluka dan kehilangan, agar Dia memberikan rahmat dan kabar gembira kepada para syuhada dan memberi kesembuhan penuh yang terluka. Saya juga mengucapkan tahniah atas kemenangan ini terhadap jenayah rejim Zionis.

Berikut ini adalah teks lengkap surat yang ditulis oleh Imam Khamenei, pada 21 Mei 2021 yang ditujukan kepada bangsa Palestin yang tertindas sempena kemenangan mereka dalam perang 12 hari menentang Rejim Zionis.



Dengan Nama Tuhan, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Salam saya kepada Palestin yang perkasa dan teraniaya. Salam untuk pemuda Palestin yang berani dan bersemangat. Salam untuk Gaza yang gagah berani. Salam untuk Hamas, Jihad Islam serta semua kumpulan jihad dan kumpulan politik di Palestin.


Saya berterima kasih kepada Tuhan, Yang Mahakuasa, atas pertolongan-Nya dan penghormatan yang telah Dia berikan kepada para pejuang Palestin. Saya memohon agar Tuhan, Yang Maha Pemurah, mengurniakan ketenteraman dan ketenangan jiwa pada hati orang-orang yang terluka dan kehilangan, agar Dia memberikan rahmat dan kabar gembira kepada para syuhada dan memberi kesembuhan penuh yang terluka. Saya juga mengucapkan tahniah atas kemenangan ini terhadap jenayah rejim Zionis.

Ujian selama beberapa hari baru-baru ini telah memberikan penghargaan kepada negara Palestin. Musuh yang buas laksana serigala telah benar-benar menyedari bahawa ia tidak berdaya menghadapi penentangan kesatuan Palestin. Ujian ini dengan kerjasama antara Quds dan Tebing Barat dengan Gaza serta wilayah '48 dan kem Palestin telah menunjukkan jalan penyelesaian masa depan kepada rakyat Palestin. Selama 12 hari mutakhir, rejim pengganas telah melakukan kejahatan besar, terutama di Gaza. Mereka membuktikan dalam amalannya bahawa ia dapat bersikap tanpa segan silu dan dungu, akibat dari berdaya dalam menghadapi pemberontakan rakyat Palestin yang bersatu, sehingga memprovokasi pandangan mata masyarakat dunia terhadap dirinya sendiri. Mereka menambahkan kebencian terhadap diri mereka sendiri sedangkan pemerintah barat pula menyokongnya, khususnya penjenayah AS. Kesinambungan kejahatan dan rayuan mereka untuk gencatan senjata membawa erti kekalahan Zionis. Zionis terpaksa menerima kekalahan.

Rejim jahat akan menjadi lebih lemah. Kesediaan pemuda Palestin, pertunjukan kekuatan oleh kumpulan jihad yang tiada tolok bandingnya dan peningkatan elemen kekuasaan yang berterusan akan menjadikan Palestin semakin kuat dari hari ke hari. Di samping itu ia akan menjadikan musuh perampas semakin lemah dan lebih hina dengan setiap hari-hari yang berlalu pergi.

Masa untuk memulakan dan mengakhiri pertempuran bergantung pada budi pekerti kumpulan jihad dan pemimpin politik Palestin yang hebat. Namun segala persiapan dan ketetapan kehadiran yang jitu di lapangan tidak boleh dihentikan. Pengalaman dalam kes Sheikh Jarrah dalam menentang pencerobohan rejim dan tentera upahan harus menjadi sebuah plan tindakan yang berterusan untuk rakyat Palestin yang berani. Saya ucapkan salam kepada pemuda Syeikh Jarrah yang gagah berani.

Seluruh dunia Islam mempunyai tanggungjawab dan kewajiban agama sehubungan dengan perjuangan Palestin. Akal budi berpolitik, pengalaman memerintah dan mentadbir mengesahkan serta memberi penekanan kepada perintah agama ini. Kerajaan Muslim harus bersungguh-sungguh memasuki lapangan untuk mendukung negara Palestin di kedua-dua bidang iaitu ketenteraan dan kewangan - yang lebih diperlukan daripada masa lalu - dan untuk membantu dalam membangun semula infrastruktur dan reruntuhan di Gaza.

Negara-negara yang menuntut perkara ini adalah sumber sokongan untuk seruan agama dan seruan politik. Negara-negara Islam harus menuntut agar pemerintah mereka menjalankan tugas. Gagasan Muslim sendiri mempunyai tanggungjawab untuk memberikan sokongan kewangan dan politik sebanyak yang mereka mampu.

Tanggungjawab lain yang penting adalah menjalankan isu hukuman terhadap pengganas, iaitu rejim Zionis yang dahagakan darah. Semua orang yang bertanggung jawab di dunia bersetuju bahawa jenayah yang meluas pembantaian kanak-kanak dan wanita Palestin selama 12 hari yang lalu tidak dibiarkan tanpa dihukum. Semua ejen rejim yang terlibat dalam jenayah ini dan Netanyahu sendiri harus didakwa dan dihukum oleh mahkamah antarabangsa yang bebas. Ini pasti akan berlaku dengan kuasa Tuhan, "Dan Allah memerintah urusan-Nya" (al-Qur'an, 12:21).

Sayyid Ali Khamenei
Syawal 9, 1442
22 Mei 2021