Anggota gabungan Perdana Menteri, Naftali Bennett dan pembangkang yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Benjamin Netanyahu, berdebat di Knesste atau Parlimen Israel sejak minggu lalu berhubung RUU pembubaran.
Parti gabungan berkata, ia mahukan kelulusan cepat RUU itu selepas Bennett mengumumkan minggu lalu bahawa pakatan lapan parti yang berusia setahun, berpecah ideologi dan tidak lagi dapat dipertahankan.
Pada masa yang sama, Netanyahu dan sekutunya mengadakan perbincangan untuk membentuk kerajaan baru yang dipimpin Netanyahu, sekali gus menghalang pilihan raya baharu.