Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Selasa

31 Oktober 2023

3:44:03 PTG
1407204

Israel serang 300 sasaran selepas Netanyahu tolak gencatan senjata

BAITULMAQDIS: Israel berkata tenteranya memerangi Hamas di Gaza semalaman dan menyerang 300 sasaran selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menolak gencatan senjata yang disifatkannya sebagai tanda tunduk kepada kumpulan pejuang Palestin.

"Askar membunuh mereka dan mengarahkan tentera udara melakukan serangan masa nyata ke atas sasaran dan infrastruktur," kata tentera Israel dalam satu kenyataan. Pada malam keempat operasi darat di dalam utara wilayah Palestin, dilaporkan beberapa pertembungan yang menyaksikan pasukan Israel melepaskan peluru berpandu anti kereta kebal dan tembakan senjata automatik. "Serangan udara membabitkan 300 sasaran termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dalam kawasan tentera di terowong milik Hamas," kata kenyataan itu lagi.Pertempuran berlaku selepas Netanyahu pada petang semalam mengenepikan gesaan daripada 120 negara untuk gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan. "Ini tidak akan berlaku," kata perdana menteri kepada media asing sambil berikrar Israel akan menyerang sehingga pertempuran ini dimenangi. "Gesaan untuk gencatan senjata adalah seruan agar Israel menyerah kepada Hamas," katanya. Israel mendakwa pihaknya melancarkan perang pada 7 Oktober lalu sebagai balasan atas serbuan yang diketuai Hamas ke atas negara itu. Pengeboman udara besar-besaran Israel berterusan lebih minggu, sebelum diikuti serangan darat berskala besar di Gaza.


342/