Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Selasa

31 Oktober 2023

3:45:55 PTG
1407207

200 penduduk hasilkan bendera gergasi Palestin

TEMERLOH: Kira kira 200 penduduk di Taman Chatin Bistari (TCB), di sini bergotong-royong menghasilkan bendera gergasi Palestin, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang sedang diserang rejim zionis Israel.

Pengerusi Persatuan Penduduk TCB, Mohd Fadzia Bidin berkata, walaupun idea itu tercetus dalam tempoh singkat namun berjaya direliasasikan hasil semangat hampir 200 penduduk di taman terbabit. Beliau berkata, penduduk menghulurkan sumbangan masing-masing serta menyumbangkan tenaga bagi menyiapkan bendera saiz 6x12 meter untuk dipasang di taman tersebut. Katanya, bendera itu di pasang di kawasan berbukit berhampiran taman perumahan itu dan mudah dilihat dari jauh."Kami terpanggil untuk bersolidariti kepada penduduk Palestin. Kita sedia maklum yang kita tidak dapat bersama mereka untuk berjuang menentang Israel di sana. "Oleh itu pada hari ini dengan rasa kasih sayang kepada saudara kita di Gaza, maka kami bersatu hati untuk menzahirkan jiwa dan semangat kami terhadap Palestin yang sedang berjuang menentang Israel," katanya. Beliau berkata, bendera gergasi Palestin menjadi saksi bahawa penduduk TCB dan rakyat Malaysia amnya akan terus bersama dan menyokong saudara Palestin di sana. "Percayalah Palestin tidak bersendirian, kami ada bersama anda Palestin. Keganasan yang tidak berperikemanusian ini harus dihentikan segera. "Kepada Allah SWT, kami berdoa supaya kembalikan bumi Palestin kepada penduduk Palestin," katanya.


/342