Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Sabtu

4 November 2023

6:16:14 PTG
1408475

Negara Arab desak Blinken adakan gencatan senjata Gaza

AMMAN: Negara-negara Arab yang bersekutu dengan Amerika Syarikat (AS) akan mendesak Setiausaha Negara, Antony Blinken untuk segera melaksanakan gencatan senjata segera di Gaza pada mesyuarat menteri luar di Amman, hari ini.

Ia akan dilaksanakan ketika Washington cuba memujuk Israel supaya bersetuju untuk berhenti sementara bagi membenarkan bantuan masuk. AS sebelum ini juga menolak gesaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata, namun mendakwa berusaha untuk memujuk Israel untuk berhenti sementara, tetapi pandangan itu ditolak oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selepas beliau bertemu Blinken, semalam. Blinken dalam perjalanan keduanya ke wilayah itu sejak Israel dan Palestin berperang, dengan tentera zionis menyerang Gaza dari udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat. DISYORKAN UNTUK ANDAIsrael tolak gesaan AS untuk serangan dihentikan sementaraSumber Mesir kata gencatan senjata setuju benarkan Rafah dibuka semula, Netanyahu nafikanTolak gencatan senjata dengan Palestin, Israel mahu berperang - Benjamin NetanyahuPemimpin dunia gesa hentikan dulu perang Israel-PalestinSokongan majoriti di PBB bagi 'perdamaian kemanusiaan' antara Israel-HamasKerjasama dengan Mesir penting untuk laluan Rafah ke Gaza - MohamadIsrael serang 300 sasaran selepas Netanyahu tolak gencatan senjataIsrael dakwa serangan Hamas bertujuan gagalkan proses damai Ia membangkitkan penggera global terhadap keadaan kemanusiaan di wilayah itu susulan kekurangan makanan dan kemerosotan perkhidmatan perubatan. Susulan pertemuan itu, Menteri luar Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Jordan serta wakil Palestin dijangka akan menekankan 'pendirian Arab yang menyeru gencatan senjata segera, menyampaikan bantuan kemanusiaan dan kaedah menamatkan ancaman keselamatan rantau itu'.

342/