Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Rabu

15 November 2023

8:51:17 PTG
1412011

Bahan api dibawa masuk ke Gaza tidak cukup - PBB

SEMENANJUNG GAZA: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahan api yang memasuki Gaza dari Mesir melalui Lintasan Rafah tidak mencukupi untuk membantu pelarian di Palestin.

Agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA) dalam aplikasi X berkata, jumlah minyak dibawa masuk itu setengah trak saja. "Ia sama sekali tidak cukup. Banyak lagi diperlukan. "Bahan api kini dijadikan percaturan oleh pihak berperang dan ini mesti dihentikan," katanya.Dalam kenyataan berlainan, UNRWA mengesahkan menerima sebanyak 23,027 liter bahan api, iaitu hanya memenuhi sembilan peratus daripada jumlah yang diperlukan oleh agensi itu setiap hari, bagi meneruskan kerja menyelamatkan nyawa. Kira-kira 200,000 penduduk Palestin diarahkan berpindah ke selatan Semenanjung Gaza dan mereka tinggal di kem pelarian sejak beberapa minggu lalu. 


342/