Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Sabtu

9 Disember 2023

7:42:14 PTG
1418716

Turkiye ulangi penyelesaian dua negara tangani konflik Israel-Palestin

WASHINGTON: Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan semalam mengulangi gesaan kepada penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

"Apa yang kami cuba promosikan ialah penyelesaian dua negara kekal," kata Fidan kepada pemberita di Washington.

Fidan, bersama rakan sejawatannya yang ditugaskan oleh sidang kemuncak luar biasa Arab-Islam bersama bulan lalu, melawat AS untuk mendesak gencatan senjata di Gaza, yang diserang tanpa henti oleh Israel selama lebih dua bulan.

"Masalah kini lebih besar daripada Israel dan Palestin sendiri. Oleh itu, kami berpendapat kerajaan serantau harus menyelesaikan masalah itu dan harus bertindak secara bertanggungjawab," kata Fidan seperti dilaporkan Agensi Anadolu.Fidan menggariskan keperluan untuk penyelesaian dua negara dicapai selepas gencatan senjata di Gaza bagi mengelak satu lagi perang di wilayah itu. Beliau berkata inilah yang akan dipromosikan oleh jawatankuasa menteri, sambil menyatakan penyelesaian sedemikian mestilah berstruktur. Turkiye bersedia membuat setiap sumbangan untuk mencapai matlamat itu, tegasnya. Jawatankuasa itu mendesak penyelesaian dua negara, dan menggesa penubuhan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, berdasarkan sempadan 1967. Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza pada 1 Disember selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan Palestin Hamas. Sekurang-kurangnya 17,487 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 46,480 lagi cedera dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti ke atas wilayah terkepung itu sejak 7 Oktober berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas. Angka kematian Israel dalam serangan Hamas berjumlah 1,200, menurut angka rasmi. - AGENSI

342/