Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Rabu

13 Disember 2023

3:40:00 PTG
1419944

Isu Palestin: DUN Perlis tolak penyelesaian dua negara

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini sebulat suara menolak penyelesaian dua negara bagi konflik Israel dan Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini sebulat suara menolak penyelesaian dua negara bagi konflik Israel dan Palestin. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, dengan itu DUN Perlis sekaligus tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sah.

"Jenayah ini sudah berlarutan sekian lama dan masih dipandang sepi tanpa ada solusi yang kukuh daripada negara kuasa dunia bagi menghentikan konflik tersebut" Katanya.

"Kekejaman di Semenanjung Gaza masih berlanjutan dengan pembunuhan besar-besaran tanpa ada belas dan ihsan terutamanya golongan wanita, warga emas malah kanak-kanak" tambahnya sewaktu membentang usul pada sidang Dun Perlis pada 13/12/2023.

Sebelum itu, Harakahdaily melaporkan beliau membentang usul mengutuk kekejaman rejim Israel melakukan jenayah perang serta penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Usul tersebut turut dibahas oleh Fakhrul Anwar Ismail daripada PN-Bintong dan Gan Ay Ling daripada PH-Indera Kayangan. Disebabkan dasar solidariti juga, Mohd Shukri berkata, kerajaan negeri tidak akan mengadakan sebarang program hiburan berbentuk nyanyian dan tarian yang melalaikan pada sambutan ambang tahun baharu nanti.

"Saya mencadangkan tiada sebarang program hiburan berbentuk nyanyian dan tarian melalaikan sewaktu ambang tahun baharu di negeri ini." Katanya.

"Ini menunjukkan kita serius dan terus menyokong bersolidariti kepada rakyat Palestin," tambahnya lagi.