Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Rabu

13 Disember 2023

4:10:00 PTG
1419956

Jasa Ustaz Muhammad Shahril tidak dilupakan

Dipetik daripada Utusan Malaysia, jasa pegawai agama, Ustaz Muhammad Shahril Mohd. Salleh dalam menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Felda Wilayah Jengka tidak akan dilupakan sepanjang lima tahun bertugas di sini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Dipetik daripada Utusan Malaysia, jasa pegawai agama, Ustaz Muhammad Shahril Mohd. Salleh dalam menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Felda Wilayah Jengka tidak akan dilupakan sepanjang lima tahun bertugas di sini.

Bermula tahun depan, Muhammad Shahril akan bertugas di tempat baharu setelah beliau ditukarkan ke Felda Wilayah Gua Musang, Kelantan.

Muhammad Shahril mula ditugaskan di pejabat agama Felda Wilayah Jengka bermula Julai 2018.

Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pertukaran itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan memandangkan Ustaz Muhammad Shahril adalah penjawat awam.

“Sebagai penjawat awam, memang kita terikat dengan arahan pihak atasan. Apa pun, kita sangat terhutang budi dengan segala jasa baik beliau sepanjang bersama kami di Felda Wilayah Jengka.

“Banyak program diatur dan dijayakan ustaz Muhammad Shahril sepanjang lima tahun di sini,” katanya di sini.

Razak berkata, antara program yang pernah dianjurkan bersama antara Felda Wilayah Jengka dan Muhammad Shahril adalah sambutan Maulidur Rasul peringkat Felda Jengka 14 dan membantu masjid Felda Jengka 19 hingga muncul juara peringkat Kebangsaan.

Katanya, kerjasama paling meninggalkan kesan kepada seluruh warga Felda Wilayah Jengka adalah siri jelajah ke bumi Kemboja yang diadakan pada tahun ini.

“Saya mewakili warga Felda Wilayah Jengka merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ustaz Muhammad Shahril dan semoga beliau terus berjaya di tempat baru,” katanya.