Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Rabu

13 Disember 2023

6:55:38 PTG
1420012

Israel terus 'hentam' Gaza, risiko kebuluran, penyakit meningkat

KAHERAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pengagihan bantuan kepada penduduk Gaza yang kini kelaparan sebahagian besarnya terpaksa dihentikan akibat tentera Israel secara berterusan menyerang Gaza hari ini.

Peperangan tentera zionis itu dengan pejuang Hamas kini sudah memasuki bulan ketiga.

Di bandar utama selatan Gaza iaitu Khan Younis, tentera Israel mula melakukan serbuan pada minggu lalu dan penduduk berkata serangan kereta kebal kini tertumpu di pusat bandar.Penduduk berkata kereta kebal beroperasi pada pagi ini di jalan di mana terletak rumah pemimpin Hamas di Gaza iaitu Yahya Al-Sinwar.

Seorang warga emas Palestin, Tawfik Abu Breika, berkata blok kediamannya di Khan Younis turut diserang dari udara oleh Israel pagi ini sehingga meruntuhkan beberapa bangunan dan menyebabkan kehilangan nyawa.

"Hati nurani dunia sudah mati, tiada kemanusiaan atau apa-apa jenis moral. Ini adalah bulan ketiga kita berdepan dengan kematian dan kemusnahan.

"ini adalah penghapusan etnik, pemusnahan sepenuhnya Semenanjung Gaza untuk menggantikan seluruh penduduk," katanya kepada Reuters.

Di selatan Rafah, pegawai kesihatan berkata 22 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel yang mensasarkan rumah kediaman.

Pekerja kecemasan awam sedang mencari lebih ramai mangsa di bawah runtuhan.

Penduduk berkata, tembakan di Rafah, di mana tentera Israel bulan ini mengarahkan orang ramai untuk menyelamatkan diri, adalah antara yang paling berat dalam beberapa hari.


342/