Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Isnin

18 Disember 2023

10:36:06 PG
1421146

Rasulullah S.A.W bersabda, 'Barangsiapa menjadikan Quran sebagai petunjuknya, nescaya dia akan dibawa ke syurga dan barang siapa yang membelakanginya, maka dia akan dibawa ke neraka.'

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Seperti yang sudah kita semua ketahui bahawa Quran menjadi sumber utama di dalam hal-hal zahir dan batin. 

Terdapat banyak hadis-hadis tentang kemuliaan dan fadilat mendengar, membaca dan memahami Quran. 

Jika kita mahu memahami lebih mendalam tentang Quran, seyogianya kita mengetahui hadis-hadis berkenaan kelebihan Quran yang telah diungkapkan oleh nabi dan para keluarganya.

Dikutip daripada kitab Kafi, daripada Rasulullah S.A.W bersabda, 'Barangsiapa menjadikan Quran sebagai petunjuknya, nescaya dia akan dibawa ke syurga dan barang siapa yang membelakanginya, maka dia akan dibawa ke neraka.'

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda, 'Quran adalah petunjuk dalam kesesatan, penerang dalam kebutaan kejahilan, penolong dalam kesesatan, cahaya dalam kegelapan, mendedahkan bidaah dan menjaga daripada bahaya. Ia adalah petunjuk dan penerang dalam kesesatan dan membawa manusia dari dunia ke akhirat. Kesempurnaan agama kamu adalah Quran dan tidak ada seorang pun yang berpaling daripadanya melainkan jika dia ke arah api neraka.'

Imam Sadiq pula bersabda, 'Tuhan yang maha kuasa telah mengirimkan kitabnya kepadamu, buku kebenaran yang memenuhi janji-janjinya, situasi dan berita untuk kamu, berita masa lampau, berita masa depan, berita di langit dan berita di bumi. Jika ada orang yang mempunyai ilmu tersebut memberitahu kamu tentang berita yang ghaib dan ilmu yang tak mempunyai hujungnya pasti kamu akan takjub.'

Wujud banyak lagi hadis-hadis yang menjelaskan tentang Quran yang boleh kita telusuri pada masa-masa yang akan datang.