Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Rabu

27 Disember 2023

11:12:51 PG
1424167

Hamas mengutuk pembunuhan Israel terhadap Jeneral Iran

"Kami mengutuk pembunuhan Brigedier Jeneral Pengawal Revolusi Radhi Mousavi dan menganggapnya sebagai serangan terhadap kedaulatan negara Arab"

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Menurut agensi berita Al Arabiya di platform X, Hamas mengutuk pembunuhan Israel terhadap seorang Pengawal Revolusi Iran yang bernama Radhi Mousavi.

Kenyataan tersebut dikutip daripada X yang dahulunya Twitter pada 26 Disember, "Kami mengutuk pembunuhan Brigedier Jeneral Pengawal Revolusi Radhi Mousavi dan menganggapnya sebagai serangan terhadap kedaulatan negara Arab", tulisnya.

Sehingga kini, penghapusan etnik besar-besaran yang dilakukan oleh Israel di tanah Gaza sudah lebih daripada 20,000 kematian.