Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Selasa

2 Januari 2024

10:46:38 PG
1426003

Program Kayuhan MAIPS Beri sumbangan zakat lewbih RM4.5 juta

“Melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli sejak tahun 2013, seramai 45,425 penerima telah disampaikan sumbangan dengan jumlah penuh agihan MAIPs bernilai RM29,301,500 dengan bilangan kayuhan sebanyak 867 kali,” katanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA):  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengagihkan zakat bernilai lebih RM4.5 juta kepada 6,470 asnaf di seluruh negeri itu menerusi Program Kayuhan MAIPs Peduli tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata kesemua 80 kayuhan yang dilaksanakan itu diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs.

“Melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli sejak tahun 2013, seramai 45,425 penerima telah disampaikan sumbangan dengan jumlah penuh agihan MAIPs bernilai RM29,301,500 dengan bilangan kayuhan sebanyak 867 kali,” katanya.

Mohd Nazim juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam menjayakan segmen pemeriksaan kesihatan kepada 102 kariah masjid menerusi program kayuhan itu sepanjang tahun lepas.

“Turut berterima kasih atas kerjasama ketua-ketua jabatan dan para petugas yang menjayakan penganjuran program sepanjang tahun 2023 terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta semua rakan strategik dan para penyumbang zakat kepada MAIPs yang budiman," tambahnya.

“Harapan saya agar pada tahun 2024, MAIPs akan dapat mengembangkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak dalam memberikan impak kepada golongan sasar,” katanya lagi.