Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Khamis

4 Januari 2024

11:36:47 PG
1426646

Rakyat Malaysia kumpulan pertama jemaah umrah ikuti program Arab Saudi

Mereka terdiri daripada 250 tokoh berpengaruh Islam dari 14 negara Asia seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Vietnam, Laos, Hong Kong, Jepun, Brunei, Thailand, Korea Selatan, Kemboja dan Mongolia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Agensi Berita Ahlul BAit (ABNA): Kumpulan pertama jemaah umrah program khas Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi bagi tahun 2024, tiba di Madinah pada Khamis baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada 250 tokoh berpengaruh Islam dari 14 negara Asia seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Vietnam, Laos, Hong Kong, Jepun, Brunei, Thailand, Korea Selatan, Kemboja dan Mongolia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kumpulan kedua dan ketiga jemaah umrah pula dijadual tiba lewat Khamis, melengkapkan ketibaan 1,000 jemaah umrah dalam program berkenaan.

Program tersebut akan membawa tetamu menziarah Masjid Nabawi, Masjid Quba dan tapak bersejarah di Madinah sebelum ke Makkah untuk menunaikan umrah.