Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Ahad

7 Januari 2024

2:12:21 PTG
1427397

Musabaqah Cilik TaHa martabatkan Al-Quran kalangan pelajar sekolah

TH dalam kenyataan telah menyebut Musabaqah Cilik TaHa yang telah dilaksanakan sejak 2022 mempunyai objektif utama untuk membudayakan pembacaan dan melahirkan generasi cintakan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Kelab TaHa berhasrat untuk meneruskan program Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan pada tahun-tahun akan datang dan merancang penganjurannya diluaskan bagi pelajar sekolah menengah.

TH dalam kenyataan telah menyebut Musabaqah Cilik TaHa yang telah dilaksanakan sejak 2022 mempunyai objektif utama untuk membudayakan pembacaan dan melahirkan generasi cintakan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah.

Pada 22 Dis lalu, Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023 telah diadakan di Dewan Besar TH, Menara TH Jalan Tun Razak di sini yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi TH.

Program tersebut dikatakan khusus kepada pendeposit TH yang merupakan ahli Kelab TaHa yang berumur 7 hingga 12 tahun untuk menunjukkan potensi dan bakat mereka mengalunkan ayat-ayat al-Quran.

Musabaqah Cilik TaHa 2023 telah dilaksanakan di seluruh Malaysia sejak September tahun lepas yang mendapat sambutan lebih 1,000 penyertaan.

Johan qari dan qariah Musabaqah Cilik TaHa peringkat negeri seterusnya bertanding di peringkat wilayah melibatkan Wilayah Utara, Tengah, Selatan, Timur serta Sabah dan Sarawak sebelum dapat merebut gelaran johan qari dan qariah Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023.