Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Isnin

8 Januari 2024

2:12:18 PTG
1427720

Ucapan takziah daripada Majma Ahlul bait Malaysia, Masyarakat Sivil Syiah Imamiyah Jaafari Malaysia dan Hauzah arRedha Malaysia, berikutan insiden pengganas di Kerman dan para syuhada Makam Haji Qasim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Dengan nama Allah

Majma Ahlul bait Malaysia, Masyarakat Sivil Syiah Imamiyah Jaafari Malaysia dan Hauzah arRedha Malaysia sempena 20 Jamadil Akhir 1445 mengucapkan tahniah sempena Maulid Penghulu Puan Yang Termulia di Syurga Sayyidatina Fatimah Az Zahra a.s puteri kesayangan Nabi Muhammad saw dan keturunannya dan pada masa yang sama mengucapkan takziah dan mengutuk keganasan pengganas dunia yang melakukan tindakan pengecut ala Zionis yang membunuh bayi, kanak-kanak, wanita dan orang awam serta Syaitan Besar Amerika yang menyerang hendap dan membunuh Syahid Haji Qasem Solaimani ,Haj Mahdi Mohandes di lapangan terbang Baghdad 4 tahun yang lalu pada tarikh ini dan beberapa hari yang lalu Syed Razi Musawi dan Syed Salleh Al Arouri telah dibunuh dan baru-baru ini menjadi sasaran jemaah haji termasuk berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak di Kerman Iran. Takziah kepada semua khususnya Sahib Zaman Imam Al Mahdi ajf, rakyat Iran khususnya keluarga para Syuhada dan khususnya ketua Faqih Ayatollah Imam Syed Ali Khamanei semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para Syuhada, kurniakan kesabaran kepada keluarga mereka dan penyembuhan kepada mereka yang cedera.

Mohd Kamilzuhairi
6 Januari 2024

Majma Ahlulbait Malaysia,  Masyarakat Sivil Syiah Imamiyah Jaafari Malaysia, Hauzah arRedha Malaysia