Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Khamis

23 Januari 2025

3:22:41 PTG
1524987

Palestin

Janji Palsu Rejim Zionis Israel

Rejım Zıonıs kembalı meragut lebıh daripada 100 nyawa Rakyat Palestın setelah melanggar Perjanjıan Gencatan Senjata

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Tanggal 19 Januarı 2025 merupakan suatu harı yang telah lama dınantıkan oleh rakyat Palestın apabıla pasukan penentang Hamas dan rejım Zıonıs Israel telah berhasil mencapai satu perjanjian untuk mengadakan gencatan senjata selama enam minggu di seluruh wilayah Gaza.

Apa yang sepatutnya menjadi khabar menyejukkan kepada penduduk-penduduk Palestin berubah tragis apabila Rejim Kejam Israel mengalihkan fokus mereka ke arah Tebing Barat dan terus melakukan malah meningkatkan serangan ke atas mereka yang terkepung di kawasan tersebut sehingga lebih daripada 100 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Situasi ini bukanlah suatu keanehan jika dibandingkan dengan gencatan senjata pertama yang dipersetujui pada tarikh 21 November, 2023 di mana badan IOF masih lantas meneruskan langkah-langkah agresif, menambah cela ke atas nama mereka yang sudah lama ternoda.