Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source :
Khamis

26 Ogos 2010

7:30:00 PTG
201193

Pendidikan rumahtangga;

Terlalu banyak menonton, meningkatkan risiko kesihatan anak-anak

Pakar perubatan memberi amaran; kanak-kanak yang menonton televisyen melebihi dari dua jam bakal meletakkan kesihatan mereka dalam bahaya.

Penelitian menunjukkan, anak kecil yang menghabiskan waktunya beberapa jam di depan TV atau bermain komputer akan menjadi kurang sihat berbanding dengan anak-anak yang lain.

Kajian terhadap keupayaan urat jantung   2,750 kanak-kanak berusia antara 11-15 tahun menghasilkan penemuan bahawa tahap kesegaran oksigen kanak-kanak langsung bersamaan dengan berapa lama dia menghabiskan waktu ketika bersama skrin kecil.

Antara penemuan tersebut ialah kanak-kanak perempuan berusia antara 13 dan 15 tahun yang menghabiskan masa lebih dari empat jam di depan skrin didapati 50% kurang sihat berbanding teman sebaya dengan mereka yang menghabiskan masa paling lama dua jam.

Hampir dua per-tiga mereka yang terlibat dalam uji kaji mengakui mereka menonton TV lebih dari dua jam setiap hari. Dr Lousie Hardy yang mengetuai penyelidikan di Pusat Overweight and Obesity, Universiti Sydney berkata kanak-kanak dikehendaki menghabiskan waktu paling lama dua jam di depan skrin. Ternyata lebih lama mereka menonton maka lebih lama mereka menderita.

Dr. Hardy berkata sikap kanak-kanak yang terlalu menetap dan tidak bergerak ke mana-mana bukan hanya menyebabkan mereka menghadapi masalah kegemukan atau kurang sihat, namun ia turut memberi kesan terhadap perkembangan tulang dan menghadapi masa-masa kritikal dalam kemajuan kesihatan mereka.