Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : IRIB.ir
Sabtu

2 Oktober 2010

8:30:00 PTG
207215

200 lori bantuan bencana alam dari Iran berangkat ke Pakistan

Republik Islam Iran telah melepaskan keberangkatan konvoi bantuan banjir ke Pakistan yang melibatkan 17 juta mangsa bencana alam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Republik Islam Iran telah melepaskan keberangkatan konvoi bantuan banjir ke Pakistan yang melibatkan 17 juta mangsa bencana alam.

Persatuan Pengurusan Krisis berkata pada hari Jumaat lalu mengatakan bahawa 200 lori membawa bekalan bantuan akan sampai pada hari Sabtu ini.

Iran juga turut memperuntukan dana sebanyak 100 milion dolar bagi tujuan pembinaan semula kawasan yang terjejas.

Pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berkata, Iran telah membiaya lima khemah bantuan di daerah Sindh dan berhasrat untuk membina lagi sekurang-kurangnya 15 khemah di negara tersebut.

PBB telah menyeru masyarakat antarabangsa membantu 800,000 mangsa banjir di kawasan terpencil yang hanya boleh sampai dengan pesawat.

Sementara itu agensi bantuan merayu masyarakat antarabangsa membiayai bantuan sebanyak 460 juta Dolar dalam menghadapi gelombang bencana kedua iaitu penularan penyakit.