Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Rabu

5 Januari 2011

8:30:00 PTG
220012

Dengan sokongan Majma' Ahlul Bait;

Kitab "Imam Mahdi menurut Ahlusunnah" siap untuk diterbitkan

Cetakan ke-tiga kitab " الإمام المهدى(عج) عند اهل السنة" (Imam Mahdi menurut Ahlusunnah) yang dikarang oleh Syaikh Mahdi Faqih al-Imani siap untuk diterbitkan di Lubnan dengan sokongan Majma' Ahlul Bait.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Buku berjudul " الإمام المهدى(عج) عند اهل السنة" (Imam Mahdi menurut Ahlusunnah) yang menampilkan perbahasan tentang Mahdawiyat berkaitan dengan kelahiran, kehidupan, keghaiban Shughra dan Kubra, kezuhuran dan syarat-syaratnya, pembantu Imam Mahdi menurut aqidah, ajaran Ahlul Bait, Tarikh Islam, ayat-ayat al-Quran serta riwayat para Imam berjaya sedang menunggu untuk dicetak dan dipasarkan di Lubnan.

Topik Mahdawiyat merupakan salah satu masalah yang sudah jelas dalam berbagai firqah dan mazhab di mana ia telah diterang secara panjang lebar oleh sarjana Islam dan boleh ditemui dalam banyak makalah, ucapan dan kitab-kitab.

Syaikh Mahdi Faqih Imani pengarang kitab " الإمام المهدى(عج) عند اهل السنة" telah menampilkan intisari kitabnya dengan himpunan riwayat-riwayat dari Kitab-kitab Ahlusunnah tentang perkara yang berkaitan dengan kelahiran, keghaiban dan kezuhuran Imam Mahdi.

Mukadimah kitab ini menerangkan bahawa, "Banyak masalah Tahrif, pemalsuan, penipuan dalam tarikh Islam berkenaan Hadis yang ditulis antara ahli hadis dan sejarawan demi kepentingan politik sesuai dengan penguasa dan pemerintah. Mereka cuba menyeret kekusutan dalam perkara asasi Islam dengan mencipta keraguan, penolakan dan menterbalikkan fakta. Salah satu masalah ini berkaitan dengan kelahiran, keghaiban dan kezuhuran Imam Mahdi (aj) menurut penerangan nabi Muhammad (s.a.w.) serta tokoh-tokoh Muslim yang lain yang tak mungkin dapat diingkari lagi. Kitab ini menghidangkan berbagai sumber tentang Mahdawiyat menurut saudara kita Ahlusunnah Wal Jamaah sepanjang 12 kurun lalu.

Misi Majma' Ahlul Bait bakal tercapai apabila kitab ini dicetak dan dipasarkan di Lubnan dalam musim panas tahun ini. Sekarang ianya sudah berada dalam giliran untuk cetakan ke-tiga dengan 672 halaman.