Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : اختصاصی ابنا
Rabu

5 September 2012

1:24:00 PG
344671

Kenyataan Majma' Ahlul Bait terhadap tindakan perluasan jenayah Wahabi di Libya dan Indonesia

Berikutan aksi jenayah ekstrimis Wahabi di beberapa tempat di seluruh dunia yang telah merebak ke berbagai tempat seperti Indonesia dan Libya, Majma' Jahani Ahlul Bait mengeluarkan kenyataan pentingnya dengan mengingatkan kembali kesaksian sejarah yang mengiringi pergerakan salafisme. Majma' dengan ini menyatakan, "Setiap kali darah segar tumpah dari urat nadi umat Islam, dan ketika musuh-musuh Islam sedang dirundung kesusahan dan kesempitan maka tukang-tukang fitnah Wahabi dan Salafi bersungguh-sungguh melancarkan kerosakan sehingga Islam dan umatnya menjadi lemah."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) -Berikutan jenayah Wahabi yang semakin menjadi-jadi di berbagai tempat sehingga merebak ke Indonesia dan Libya, Majma' Ahlul Bait dengan ini mengeluarkan kenyataan penting mengenainya.

Kenyataan ini mengingatkan kembali kesaksian rekod sejarah tentang Wahabisme dengan mengatakan, "Setiap kali darah segar tumpah dari urat nadi umat Islam, dan ketika musuh-musuh Islam sedang dirundung kesusahan dan kesempitan maka tukang-tukang fitnah Wahabi dan Salafi bersungguh-sungguh melancarkan kerosakan sehingga Islam dan umatnya menjadi lemah."

Bahagian lain dalam kenyataan Majma' ini menunjukkan kepasifan dan tidak aktifnya Wahabi dalam musim semi gerakan kebangkitan Islam, dan mereka ini dianggap telah diperkotak katikkan di mana selepas berjaya menumpahkan darah para syuhada, mereka masih berteguh dalam barisan militan untuk melaksanakan matlamat ngerinya dalam situasi yang huru-hara dan tidak stabil.

Teks pernyataan Majma' adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah (s.w.t) berfirman di dalam kitabnya: 

الفتنَةُ أَشَدّ مِنَ القَتْل

"Fitnah lebih dahsyat dari pembunuhan" - surah al-Baqarah ayat 191

Tindakan anti-Islam daripada pihak Wahabi yang sesat di bulan-bulan kebelakangan ini terlalu melampaui batas dan semakin memuncak sejak beberapa hari lalu. Selain pembunuhan Syiah di Pakistan yang masih diteruskan, skop jenayah-jenayah mereka melarat sehingga ke Indonesia dan Libya. Fasa baru memusnahkan kesan tinggalan Islam dan tempat-tempat suci sudah dimulakan.

Dalam jangkamasa yang pendek kita menyaksikan peristiwa siri keganasan ini seperti "sekatan jalan bas-bas Syiah Pakistan dan pembunuhan semua orang di siang hari", "pembunuhan, pegelandangan Syiah Indonesia dan pembakaran rumah mereka", "pemusnahan masjid dan perkuburan ulama di Bahrain", "pemusnahan makam-makam yang berkaitan dengan cucu cicit nabi dari jalur Imam Husain di Damsyiq", "pemusnahan permakaman cucu cicit Nabi (s.a.w) di Zilten", dan "pembunuhan puluhan Sayid dari keturunan Imam Hasan serta Syiah di Libya"; sebuah jenayah yang bukan dilakukan oleh orang kafir, musyrikin, Yahudi dan Kristian, bahkan golongan ini tidak segan silu mengaku diri mereka sebagai umat Islam.

Berdasarkan saiz tragedi yang semakin luas ini, sebagai sebuah pertubuhan di peringkat antarabangsa yang mempunyai pakar pemikiran dan kebudayaan di antara berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, Majma' Ahlul Bait mendesak supaya penduduk dunia memberikan perhatian terhadap perkara-perkara penting di bawah:

1. Masalah yang paling penting di mana umat Islam sedunia perlu berikan perhatian ialah setiap kali darah segar tumpah dari urat nadi umat Islam, dan ketika musuh-musuh Islam sedang dirundung kesusahan dan kesempitan maka tukang-tukang fitnah Wahabi dan Salafi bersungguh-sungguh melancarkan kerosakan sehingga Islam dan umatnya menjadi lemah.

Tidakkah menjadi keanehan apabila sebaik sahaja Mujahidin Afghanistan mencapai kemenangan melawan penjajah, dengan tidak semena-mena kumpulan Taliban muncul dan menindas orang yang memenangkan Afghanistan? Apakah ini hanya satu kebetulan sahaja apabila Saddam digulingkan dan berakhirnya kerajaan zalim, kumpulan pengganas tampil menukar Iraq kepada arena pengeboman dan huru-hara? Apakah ini juga suatu kebetulan apabila rakyat yang ditindas di Mesir dan Libya mencapai kemenangan ke atas kerajaan diktator, maka golongan Salafi yang dungu muncul dengan serangan ke atas tempat-tempat yang dihormati orang, sambil mewujudkan pecah belah secara agresif? Apakah tidak terlalu berat para pejuang Islam mendapat tekanan tanpa had pihak kafir dan kuasa angkuh dan apakah kita menganggap para pejuang tidak ada kaitan dengan kemenangan di Lubnan dan Palestin?.

Hubungan Wahabi dan Salafi dengan blok kafir dan kolonialisme ini merupakan jawapan paling baik untuk mereka yang masih ragu-ragu terhadap fahaman yang direka cipta ini.

2. Malangnya tentera upahan dalam kejadian-kejadian tersebut tidak hanya mengganas untuk Amerika dan Zionis semata-mata; bahkan para pewaris Abu Jahal dan Abu Lahab ini juga memusnahkan budaya dan tamadun umat Islam.

Pencabulan dan golongan Wahabi terhadap simbol-simbol kebudayaan dan nostalgia sejarah umat Islam, pemusnahan tinggalan-tinggalan sejarah Islam terdapat di dalam sejarah silam pemerintahan pengkhianat kerabat diraja Saudi. Pemusnahan makam Ahlul Bait dan sahabat Nabi, para syuhada di awal Islam di permakaman Baqi, Madinah al-Munawwarah, perompakan harta di Haram Imam Husain di Karbala, pemusnahan kesan tamadun Islam di seluruh Hijaz secara berperingkat, pemusnahan Haram Imam Askari di Samarra, pemusnahan dan pembakaran makam yang dihormati di Mesir, percubaan untuk memusnahkan makam kepala saidina husain di Kaherah, serangan ke atas Haram Zainab al-Kubra di Damsyiq, pemusnahan makam yang dikaitkan dengan Muhsin bin Husain di Halab dan terkini sekali pemusnahan Haram serta pembongkaran makam Abdul Salam al-Asmar Al-Hasani di Zilten, Libya yang menjadi simbol jelas jenayah keji terhadap budaya.

Sedangkan seluruh cerdik pandai dunia, memperuntukkan belanjawan besar khusus untuk menjaga dan memperbaiki kesan sejarah mereka (tidak kira dasar agama atau bukan), dan mereka berbangga dengan simbol dan tanda jelas tamadun serta budaya nenek moyang mereka.

3. Masalah besar yang lain ialah golongan Salafi atau Wahabi mengeksploitasi kebangkitan rakyat yang sudah sedar dan memperalatkan darah para syuhada. Semua orang tahu bahawa pengikut Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab bukan sahaja tidak memainkan peranan positif sedikitpun di dalam musim semi kebangkitan Islam serantau, bahkan dengan idea yang mereka rekacipta seperti "الحق لمن غلب" (kebenaran berada di tangan penguasa) dan "لاینعزل السلطان بالفسق" (penguasa fasik tidak boleh digulingkan), mereka menyeru rakyat supaya taat kepada Mubarak, Gaddafi, Al Khalifah dan Ali Saud kononnya sebagai Ulil Amri. Namun sebaik sahaja darah para pemuda yang syahid membuahkan hasil, dan pemerintah yang thagut diseret turun dari singgahsananya, maka golongan yang buta hati ini melaksanakan perbuatan kejam mereka dengan mengeksploitasi huru hara dan situasi tidak stabil.

4. Meskipun tidak ada lagi harapan daripada masyarakat antarabangsa dan pertubuhan di peringkat global, namun satu persoalan lain kita ajukan tentang suara hati mereka iaitu: Mengapakah mereka berdiam diri ketika melihat jenayah Wahabi dan perlindungan yang Barat berikan kepada pengganas al-Qaeda dan Taliban?

5. Begitu juga kita ajukan soalan kepada ulama dunia Islam, sampai bila lagi mereka ini hendak berdiam diri terhadap jenayah dan pengkhianatan Wahabi? Apakah penumpahan darah orang yang tidak berdosa setiap hari di tangan pengganas berasaskan fatwa ulama Wahabi dan dengan dana yang dibiaya syeikh-syeikh teluk Parsi merupakan dosa kecil? Apakah penghapusan monumen sejarah dan agama umat Islam secara berperingkat ini sebuah musibah yang sia-sia?  Apakah pembakaran kitab-kitab dan warisan abadi umat Islam sedunia merupakan kerugian yang kecil? Apakah jika suatu hari nanti, pertumpahan darah di tangan Salafi dari Indonesia, Libya, Pakistan dan Iraq sampai ke Haramain Syarif mereka tetap berdiam diri? Jika suatu hari nanti Wahabi yang kononnya berjubah ulama memeberikan fatwa untuk memusnahkan Makam Rasulullah, mereka tetap juga meneruskan sikap pasif?

6. Kata-kata kami kepada negara dan ulama Indonesia, "Tanah Asia Timur sentiasa menjadi tempat tinggal pengikut berbagai agama dan mazhab secara berdampingan. Selain itu, negara-negara Islam Asia Timur berbangga kerana menerima Islam dari jalan yang aman, bukan melalui pembukaan. Namun dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hadiah cenderamata Wahabi dan Salafi untuk rantau ini hanyalah "kekejaman" dan "tidak bertoleransi".

Para pegawai Indonesia perlu tahu lebih awal jalan kesesatan salafisme. Jikalau jalan ini tidak ditutup maka negara ini akan segera bertukar menjadi seperti di Pakistan dan tidak ada lagi hari yang bersih dari pembunuhan dan pengeboman.

Sekarang ini juga, pemerintah Indonesia sekurang-kurangnya diharap dapat menjatuhkan hukuman ke atas para pembunuh, mereka yang tidak berdosa dibebaskan dari penjara dan pelarian Syiah dari Sampang dikembalikan ke rumah dan pondok mereka. Syiah yang tinggal secara minoriti di Indonesia hendaklah diberi hak sebagaimana golongan minoriti yang lain seperti hak kewarganegaraan, beribadat dan manasik mereka.

Akhir sekali Majma' Ahlul Bait mengecam kejadian tidak berperi kemanusiaan (pembunuhan umat Islam di Pakistan, Indonesia, Iraq dan Libya termasuklah pemusnahan tempat-tempat suci di Syria dan Utara Afrika) dengan ini menuntut tindakan segera masyarakat beragama dan Islam agar segera terhadap aksi-aksi keji ini.

Sangat jelas, ucapan protes dan mengeluarkan kenyataan kecaman (walaupun lazim) namun tidaklah memadai, bahkan hendaklah diberikan saranan untuk tindakan yang bermunasabah yang boleh menghentikan jenayah kejam ini.

Majma' Ahlul Bait
11 Shawwal 1433