Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Taghrib News
Rabu

10 Julai 2013

3:52:00 PTG
439240

Ayatullah Makarim Syirazi;

Hentikan kritikan keras terhadap mazhab lain

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi menegaskan kritikan keras terhadap mazhab lain perlu dihentikan segera. Beliau menyatakan demikian dalam persidangan ke-3 Moballegh Nokhbe di Madrasah Imam Amirul Mukminin (a.s), Qom.

Sambil menekankan bahawa masyarakat amat memerlukan tenaga insan, beliau berkata, "Di kalangan tenaga manusia, golongan elit adalah yang paling utama dalam memberikan ucapan, dan hendaklah ucapan tersebut memberikan manfaat yang lazim kerana ia akan menyelesaikan masalah."

Berkenaan masalah akidah, beliau berkata, "Selagi akidah masyarakat belum utuh, bimbingan ke atas masyarakat dalam apa jua bidang tidak akan memberikan hasil."

Sambil menegaskan bahawa masalah akidah di pentas-pentas agama hendaklah diberikan perhatian sewajarnya, beliau berkata, "Salah satu dari masalah yang perlu diberikan perhatian ialah Syiah fobia dan anti Syiah yang mana golongan Wahabi Takfiri merupakan ancaman terhadap perluasan pemikiran dan ajaran Ahlul Bait (a.s)."

Marji' taqlid ini menerangkan, "Modal utama Wahabi takfiri ialah pembohongan". Kata beliau lagi, "Media, Sedaye-Sima (saluran televisyen Iran), para pembaca khutbah, muballigh hendaklah menerangkan intisari akidah Islam yang berkaitan dengan pengikut Ahlul Bait (a.s)."

"Para pembaca khutbah hendaklah mempunyai bilik pemikiran sendiri, dan serahkankan penyampaian perkara-perkara lazim kepada para ulama," jelas beliau.

Syirazi menambah, "Untuk memberikan pedoman kepada masyarakat, para muballigh hendaklah menarik golongan muda dengan memanfaatkan bahasa sepenuhnya."

"Dalam dunia hari ini terlalu banyak penyampaian Ahlul Bait dalam bentuk audio dan orang ramai sudah letih dengan tarikan materialistik. Mereka sedang menuju ke arah kerohanian, dan di kalangan mazhab-mazhab Islam, hanya ajaran dalam riwayat hidup Ahlul Bait sahaja yang dapat memuaskan hati masyarakat," tutur beliau.