Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Tebyan.net
Sabtu

26 Oktober 2013

8:30:00 PTG
475895

Harga jerih payah dalam menyebarkan makrifat agama

Makalah ini disediakan untuk anda sempena hari al-Ghadir, bersamaan halatuju mewujudkan hubungan antara Yang Maha Pencipta dan makhluk serta penyampaian makrifat agama kepada mereka yang benar-benar cintakannya
Perluasan budaya merupakan risalah yang amat besar yang mana ia memerlukan unsur-unsur dan perkakasan bersamakesan-kesan yang memberangsangkan. Apa yang terjadi pada situasi dunia pada hari ini, dengan wujudnya permasalahan yang dapat diselesaikan Islam, kedudukan tabligh makrifat menjadi menjadi semakin penting. Usaha berterusan alat propaganda Barat dalam menentang Islam murni Muhammadi (s.a.w) semakin hari kian lebih rumit dan lebih kental. Dengan kewujudan syubhah (kesangsian) di dalam prinsip agama dan promosi kerosakan akhlak, mereka cuba meruntuhkan dasar akidah dan akhlak masyarakat Islam.

Objektif penyebaran agama dalam perkara ini adalah penyampaian perintah-perintah, firman-firman Allah, menyeru masyarakat ke arah kejayaan dan tujuan hari kiamat. Dengan memandang pada kejanggalan neraca timbangan kebudayaan dan masyarakat hari ini, maka kepentingan nilai-nilai agama dapat diterapkan secara perlahan-lahan. Fokus dasar kebudayaan agama, penyebaran pendidikan Ilahi sebenarnya adalah tanggung jawab para Nabi dan pengganti mereka. Betapa serius dan besarnya tabligh tersebut sehingga para nabi (a.s) memohon bantuan daripada Allah (s.w.t). Nabi Musa (a.s) ketika diberi tanggung jawab untuk menyampaikan agama kepada Fir'aun berkata:

«...رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي * وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي (طه/28ـ25)

"Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku"

Nilai dan pentingnya tanggungjawab agama ini sampai ke peringkat datangnya ayat al-Quran:

«...َمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَميعاً.. ( مائده/32)

"... dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya"

Di peringkat ini, Muawiyah bin Ammar berkata: Aku bertanya kepada Imam Jaafar as-Sodiq:

« رَجُلٌ راوِيَهٌ لِحَديثِکُم يَبُثَّ ذلِکَ فيِ الناسِ وَ يُشدِّدُهُ في قَلُوبِهِم وَ قَلُوبِ شيعَتِکُم، وَ لَعَلَّ عابِداً مِن شيعَتِکُم لَيسَت لَهُ هذِهِ الرِّوايَهُ، اَيَّهُما اًفضَلُ؟؛

Seorang individu yang banyak menukilkan dan menyebarkannya di kalangan orang ramai, dan ianya menjadi kukuh di dalam hati masyarakat dan syiah-syiah kamu. Barangkali ada seorang ahli ibadah daripada syiah anda yang tidak meriwayatkan (seperti ini), yang manakah lebih baik? Imam berkata:

 الرّاوِيَهٌ لِحَديثِنا يُشَدِدٌ بِهِ قُلُوبَ شِعَتِنا اَفضَلُ مِن اَلفِ عابِدٍ

Barangsiapa yang banyak menukilkan hadis kami dan mengkuhkannya di dalam hati para Syiah kami, maka ia lebih baik dari seribu ahli ibadah. [1]

Dengan menyelidiki sumber-sumber dan teks-teks agama, apa yang jelas mengenai perkara ini ialah perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan Ilahi mempunyai peranan yang amat sesuai dalam mengiringi kebahagiaan individu dan masyarakat. Ia juga terhitung sebagai amalan yang mempunyai ganjaran dan pahala yang besar.

Imam Hasan Askari (a.s) menukilkan hadis daripada Imam Musa bin Jaafar (a.s):

فَقيهٌ واحِدٌ يُنقِذُ يَتيماً مِن اَيتامِنَا المنقَطِعينَ عَنّا وَ عَن مُشاهَدَتِنا بِتَعليمِ ما هُوَ مُحتاجٌ اِلَيهِ، اَشَدُّ عَلي اِبليسَ مِن اَلفِ عابِدٍ، لأَنَّ العابِدَ هَمَّهُ ذاتُ نَفسِهِ فَقَطُّ، وَ هذا هَمَّهُ مَعَ ذاتِ نَفسِهِ ذاتُ عِبادِاللهِ وَ اِمائِهِ لِيُنقِذَهُم مِن يَدِ اِبليسَ وَ مَرَدَتِهِ فَذلِکَ هُوَ اَفضَلُ عِندَاللهِ مِن اَلفِ اَلفِ عابِدٍ وَ اَلفِ اَلفِ عابِدَهٍ

Seorang fakih (berilmu pengetahuan dan memahaminya) menyelamatkan salah seorang anak yatim kami yang mana ia terputus daripada kami dan tidak pernah melihat kami. Dengan mengajari apa yang diperlukannya, maka ketabahannya lebih hebat daripada seribu ahli ibadah untuk iblis. Ini disebabkan penderitaan ahli ibadah hanya untuk dirinya sendiri semata-mata, sedangkan penderitaan yang ini pula selain dirinya sendiri, dia menyelamatkan hamba-hamba Allah dari tangan iblis dan ketegarannya. Sebab itu dia lebih baik di sisi Allah daripada jutaan ahli ibadah. [2]

Pernyataan-pernyataan yang berharga ini dan juga implikasi-implikasi kehidupan tabligh agama yang melibatkan ajaran Ilahi telah menjadi urusan asasi hawzah ilmiyah. Para ilmuan besar dan darjat pertama dunia Syiah telah berada di kalangan para mubaligh agama dan melaksanakan tanggung jawab diri sendiri dalam arena tabligh serta membimbing masyarakat. Ahli minbar dan penceramah agama merupakan salah datu tugas yang mulia dan sebuah kemestian. Kemungkinan juga ia adalah insan termulia dan  paling berpengetahuan dalam masalah Islam, dan yang paling banyak mempraktikkan hukum hakam syariat. Di jalan inilah mereka menapak dan ianya dianggap mereka sebagai sebuah kebanggaan. Sebagaimana beberapa individu dalam sejarah seperti Syeikh Jaafar Shushtari yang merupakan ulama akhlak merupakan seorang penceramah di atas minbar. Ataupun al-Marhum Haj Muhammad Rizha Hamdani Wa'iz, pengarang kitab Hadiyyatul Namlah merupakan seorang pemidato agama. Termasuk juga anak lelakinya Agha Mirza Muhammad Hamdani turut menjadi seorang ulama, peribadi berilmu, tersohor dengan ketakwaan dan beragama, mempunyai sifat terpuji dalam budaya tabligh. [3]

Berkenaan dengan kepentingan urusan tabligh agama, sebuah kisah menarik tentang kegigihan Allamah Amini dalam meninggikan ajaran Syiah telah dinukilkan dalam kitab tarajum. Ayatullah Caici Azerbaijani berkata: Pada suatu ketika, anak lelaki al-Marhum Allamah Amini pergi ke Tabriz dan berada di rumah kami selama lima hari. Dalam tempoh tersebut beliau menukilkan perkara-perkara menarik untuk kami dan berkata: Ayahku telah kami pusarakan, al-Marhum Bahrul Ulum datang mengucapkan takziah dan memeluk kami. Kemudian beliau berkata: Mengenai perkara ini aku rasa, aku telah melihat apakah yang Mawla Amirul Mukminin (a.s) berikan sebagai ganjaran jerih payah Allamah Amini. Aku bermimpi Amirul Mukminin berdiri di pinggir telaga, beberapa individu datang dan Mawla memberikan airnya kepada mereka.

Mereka berkata: Ini adalah telaga Kawthar. Sedangkan aku terlihat Amini dari jauh. Aku berkata kepada diriku: Sekarang aku ingin lihat apa yang Mawla lakukan kepadanya. Ketika Allamah Amini tiba di telaga, Amirul Mukminin (a.s) meletakkan wadah, beliau menyingsing lengan baju dan memenuhkan tanggannya dengan air. Beliau memberikan Allamah minum dengan kedua tangannya dan berkata:

بیض ‍ الله وجهك كما بیضت وجهى

Semoga Allah memutihkan wajahmu seperti mana wajahku yang putih. [4]

[1] Al-Kulaini, Ushul Al-Kafi, jilid 1 hadis 9
[2] Bihar al-Anwar, Muhammad Baqir al-Majlisi, Darul Kutub al-Islamiyah, jilid 2 muka surat 5
[3] Laman sesawang rasmi pejabat Rahbar
[4] Majalah Hawzah, Mehr va Aban 1371