Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source :
Jumaat

25 April 2014

2:32:37 PG
604590

Majma' Jahani Ahlul Bait kecam pengusiran Ayatullah Najjati dari Bahrain

Sudah bertahun-tahun lamanya Ayatullah Najjati berada di bawah tekanan dan penindasan bersama-sama rakyat Bahrain dan perlucutan kerakyatan kini terpaksa meninggalkan negara ini akibat ugutan dari pihak rejim Al Khalifah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan tindakan rejim Al Khalifah mengusir wakil Ayatullah Sistani dari Bahrain dan pembuangannya ke Lubnan, dengan ini Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan sebuah kenyataan media seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيراً وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - Surah al-Hajj ayat 40.

Dalam melanjutkan politik-politik penindasan dan kezaliman rejim Al Khalifah terhadap rakyatnya yang teraniaya, terutamanya tekanan terhadap para ulama dan pemimpin spiritual, rejim ini bertindak membuang dan mengusir Ayatullah Syeikh Husain Najjati selaku wakil Ayatullah al-Uzma Sistani dari negara ini. Tindakan golongan zalim Bahrain ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, akhlak umum dan kemanusiaan sejagat yang mana mereka sekali lagi menampilkan diri kepada dunia global sebagai anti Islam dan anti kemanusiaan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Allamah Najjati berada di bawah berbagai jenis tekanan bersama gelombang kebangkitan tuntutan keadilan umat Islam negara ini. Dalam tahun 2012 beliau bersama-sama tiga puluh orang ulama, pejuang politik dan aktivis masyarakat yang lain telah dibatalkan kerakyatan. Selama tempoh tersebut, beliau berada di bawah berbagai ancaman sehinggalah terpaksa meninggalkan negara ini, jika tidak seluruh keluarganya akan diganggu dan disakiti.

Rekod hitam rejim diktator Al Khalifah terhadap pengikut Ahlul Bait dan ulama penuh dengan jenayah, kebencian dan pencabulan hak asasi manusia. Dalam perkembangan terkini rejim ini mengeluarkan  arahan pembubaran dan penyitaan harta benda organisasi masyarakat Majlis Ulama Bahrain. Sehingga kini lebih dari tiga puluh orang ulama dan pemimpin rohani negara ini diseksa dalam penjara rejim.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengecam tindakan tidak Islamik dan tidak berperi kemanusiaan ini. Di samping itu Majma' meminta pusat pengajian hawzah di seluruh dunia, pertubuhan antarabangsa, badan hak asasi manusia turut mengutuk jenayah bersejarah ini yang menjadi titik hitam dalam rekod rejim Al Khalifah, di samping mengambil tindakan segera dan sewajarnya  supaya jenayah seperti ini tidak bakal berulang.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)
24 April 2014