Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source :
Isnin

28 April 2014

2:38:57 PG
605161

Makan malam Sultan anti Syiah dengan Obama

Barack Obama merupakan presiden Amerika yang melawat Malaysia dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Amerika tiba di Malaysia dalam rangka lawatan tiga hari bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan keselamatan.

Kunjungan Barack Obama ini merupakan lawatan pertama presiden Amerika setelah 48 tahun lalu dan menghadiri makan malam bersama Sultan Abdul Halim Muazam Syah di istana negara.

Berasaskan laporan ini, presiden Amerika yang pernah tinggal di Indonesia ketika di zaman kanak-kanak sempat berbicara tentang ibunya yang suka pada kain batik.

Tegasnya lagi Amerika dan Malaysia mampu menguruskan pentadbiran negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama.

Sultan Abdul Halim Muazam Syah juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama Amerika dalam mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan lalu. Selain itu baginda turut menghargai kerjasama seperti ini dalam mencapai matlamat bersama.

Beberapa ketika lalu, Yang Dipertuan Agong Malaysia menyatakan rasa bimbang terhadap perkembangan serius mazhab Syiah di Malaysia terutama sekali di negeri Kedah. Baginda meminta seluruh badan berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mazhab Syiah.