Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source :
Jumaat

23 Mei 2014

2:22:06 PG
610635

Serangan bom;

20 penziarah makam Imam Musa al-Kazim terbunuh

Kira-kira 20 penziarah makam Imam Musa al-Kazim (a.s) terbunuh dalam 2 serangan bom di al-Mansour.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Televisyen al-Alam melaporkan sebuah kereta yang dipandu oleh pengebom bunuh diri telah melakukan serangan terhadap penziarah makam Imam Musa al-Kazim (a.s) yang melalui jalan Muhammad al-Qasim, petang semalam.

Dalam kejadian terbabit kira-kira 20 orang terbunuh dan beberapa orang yang lain mengalami kecederaan.

Al-Sumaria News melaporkan pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk memindahkan mangsa kejadian ke hospital dan mengawal lalu lintas.

Dalam kejadian berasingan, tiga orang dilaporkan terbunuh dan lima yang lain cedera dalam serangan bom kereta di al-Mansour, Barat Baghdad.