Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Ahad

3 Ogos 2014

11:14:20 PTG
628748

Hillary Clinton dedah skandal Ikhwanul Muslimin

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat mendedahkan konspirasi sulit dengan Ikhwanul Muslimin untuk membentuk Negara Islam ala ISIS di Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Bekas Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton mendedahkan pakatan sulit antara negaranya dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin bagi menegakkan negara pengganas ala ISIS (Negara Islam Iraq dan Sham) di Mesir, bukan di Iraq dan Syria.

Kumpulan pengganas ISIS sepanjang dua bulan lalu telah mengumumkan pembentukan Negara Islam di Iraq dan mengangkat Abu Bakar al-Baghdadi sebagai Khalifah Muslimin.

Portal berita al-Ittijah Iraq mengulas isu ini berkata, "Hillary Clinton dalam sebuah tulisan terbarunya menceritakan sebuah peristiwa yang dilupakan iaitu kesepakatan membentuk Negara Islam pada bulan Jun 2013 di Mesir, bukannya di Syria dan Iraq. Perkara ini telah disepakati bersama kumpulan Ikhwanul Muslimin, namun revolusi Mesir anti-Ikhwan telah menghalang perkara ini terjadi.

Clinton menegaskan, "Amerika memasuki perang Iraq, Syria dan Libya. Semuanya berjalan lancar, namun revolusi 30 Jun tercetus di Mesir dan semuanya telah bertukar. Kita sudah sepakat dengan Ikhwanul Muslimin mengenai pembentukan 'Kerajaan Islam' di Sinai di samping menyerahkan sebahagian dari Sinai kepada gerakan Hamas, manakala sebahagian yang lain dari wilayah ini kepada Israel untuk mempertahankan Zionis. Kemudian wilayah Hala'in dan Shalateen diserahkan kepada Sudan. Kami telah sepakat untuk membuka semua sempadan Sallum dengan Libya.

Buku terbarunya turut mengingatkan bahwa 5 Jun 2013 adalah hari yang disepakati untuk melakukan pengistiharaan Negara Islam dan semua orang akan menanti pengiktirafan rasmi Amerika serta Eropah.

Clinton mendakwa dia telah mengunjungi 112 negara untuk menerangkan kedudukan Amerika dengan Mesir dan bersepakat dengan beberapa negara mengenai pengiktirafan rasmi konspirasi tersebut.

Namun Clinton menyatakan kekesalan apabila semua strategi tidak mencapai objektifnya apabila askar Mesir terlalu kuat dan rakyatnya tidak membiarkan pihak tentera bersendirian menghadapi konspirasi.

Tambah bekas Setiausaha Negara Amerika ini lagi, "Beberapa kapal selam yang amat canggih bernama Seawolf 21 kita menuju ke arah Iskandariyah. Kapal selam ini dilengkapi dengan radar pengesan dan ketika kita menghampiri ke pantai Laut Merah, kita telah berdepan dengan pesawat tempur lama MiG 21 buatan Russia. Namun yang lebih aneh ialah radar kita tidak dapat mengesan dari mana ia datang dan ke arah mana ia pergi sehingga kita terpaksa berpatah balik."

Clinton turut menceritakan peningkatan sokongan rakyat Mesir kepada askar negara ini dan menulis, "China dan Russia tidak sepakat dengan situasi ini manakala armada laut Amerika telah kembali. Hingga kini kita tidak tahu bagaimana berurusan dengan Mesir dan askarnya."

Hillary Clinton berkata, "Sekiranya kita menggunakan kekuatan untuk menentang Mesir, maka kita akan menanggung kerugian. Sekiranya kita melepaskannya, kita juga akan mengalami kerugian. Perkara ini amatlah sukar."

Meskipun dakwaan Clinton belum dapat dipastikan kebenarannya, kegiatan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Dr Mohamad Morsi mempunyai persamaan dengan ISIS seperti membiarkan gerakan Salafi bergerak bebas, kempen Wahabisme dalam rangka anti-Syiah, pembunuhan Sheikh Hasan Shehata, tidak mengakui hak Syiah sehinggalah bersahabat dengan Israel.