Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Sabtu

9 Ogos 2014

1:37:32 PG
629840

Jawatankuasa Tertinggi Majma Jahani Ahlul Bait kunjungi Nigeria

Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari bersama rombongannya mengunjungi Sheikh Ibrahim Zakzaki di Nigeria untuk mengucapkan takziah atas kematian 33 orang dalam perarakan Hari al-Quds Sedunia baru-baru ini.

Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari bersama rombongannya mengunjungi Sheikh Ibrahim Zakzaki di Nigeria untuk mengucapkan takziah atas kematian 33 orang dalam perarakan Hari al-Quds Sedunia baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan tragedi berdarah dalam sambutan Hari al-Quds Sedunia di Nigeria baru-baru ini, sebuah deligasi pertubuhan Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) dan Majma' Taghrib Bainal Mazahib Islami mengunjungi negara tersebut untuk mengucapkan takziah atas kematian 33 penunjuk perasaan kepada keluarga mangsa.

Antara mereka berada dalam rombongan tersebut ialah Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait, Hujjatul Islam Akhtari, kakitangan Pejabat Rahbar, Muhammadi Shakiba, Timbalan Hal Ehwal Antarabangsa Majma' Taqrib Bainal Mazahib Islami, Dr. Muhammad Hasan Tabra'iyan, dan Penyelia Hal Ehwal Afrika dan Arab, Hasan Khakrand. Mereka semua telah sampai di Nigeria pada hari Selasa lalu.

Jawankuasa ini telah disambut oleh Sheikh Ibrahim Ya'qub Zakzaki sebaik sahaja tiba di kota Zariya, wilayah Kanu.

Duta besar Iran di Nigeria, Sa'id Kuze Chi turut mengiringi Hujjatul Islam Akhtari dan mengucapkan takziah kepada Sheikh Ibrahim dan keluarganya di rumah beliau.

Setiausaha Agung Majma' kemudiannya dibawa ke Husainiyah Baqiyatullah kota Zaria dan mengunjungi keluarga mangsa.

Selepas menunaikan solat jemaah, beliau memberikan ucapan sempena musibah yang menimpa pengikut mazhab Syiah di kawasan terbabit. Sambil menceritakan martabat orang yang mati syahid, beliau berharap keluarga mangsa tetap tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu dan pertubuhan yang menyampaikan ucapan takziah, mengirim wakil, menelefon dan ikut serta dalam kesedihan keluarga mangsa.

Selepas 4 hari berada di Nigeria, Hujjatul Islam Akhtari berlepas ke Iran bersama-sama deligasi.