Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Al-Alam
Ahad

10 Ogos 2014

2:34:41 PG
630050

Siapakah suku kaum Yazidiyah?

Kajian menunjukkan bahawa nama "Yazidi" berasal dari perkataan Parsi "Izid" yang bermakna malaikat atau tuhan.

Menurut portal berita dari Yaman, "Kamran Press", sebilangan daripada mereka menjadi mangsa serangan organisasi pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) di Timur Tengah di mana kira-kira 50,000 kumpulan etnik Yazidi terperangkap di pergunungan Barat Daya Iraq tanpa makanan atau air.

Krisis ini menyebabkan betapa pentingnya pendedahan segera tentang siapakah kelompok ini kerana mereka belum dialu-alukan dalam perhatian antarabangsa. Akidah mereka sering tidak dijelaskan secara adil dan selalunya mereka dikenal sebagai penyembah syaitan sehingga menyebabkan kelompok ini tinggal berasingan di dalam komuniti kecil di berbagai wilayah seperti Barat Laut Iraq dan Syria, termasuklah di kawasan Barat Daya Turki.

Kebanyakan tempat-tempat suci kaum Yazidi terletak dalam kawasan seluas 430 kilometer di Lalish, Baghdad.

Populasi mereka sukar untuk dihitung, cuma dianggarkan sekitar 70 hingga 500 ribu orang. Akibat pengaruh politik kaum Yazidi sentiasa dihantui ketakutan dan bilangan mereka juga telah berkurangan secara mendadak sejak seabad yang lalu.

Sebagaimana agama-agama minoriti yang lain dirantau tersebut seperti Druze dan Alawi, tidak ada orang yang memeluk agama ini melainkan lahir dalam keluarga kelompok tersebut.

Malangnya kelompok ini terus menghadapi penganiayaan di tanah kelahiran sendiri, terutama sekali di Sinjar, Barat Mosul akibat setengah pihak terutama sekali kumpulan pengganas ISIS tersalah fakta mengenai nama agama meraka sehingga ada yang menganggap bahawa Yazidi merujuk kepada Yazid bin Muawiyah, raja kedua dinasti Bani Umayyah.

Menurut kajian terbaru nama Yazidi tidak ada kaitan dengan raja Bani Umayyah tersebut atau negeri Yazd di Iran. Bahkan nama Yazidi dicerap dari kalimah Parsi, "Izid" yang membawa maksud malaikat atau tuhan.

Hiasan burung merak kelihatan pada rumah ibadat dan permakaman kaum Yazidi.

Oleh itu nama Ezidi yang dipakai bagi golongan penganut agama ini bermaksud penyembah Tuhan.

Namun terdapat nama yang dinisbahkan kepada mereka iaitu Dawasin berasal dari perkataan Diwasis, atau Abrishiyah, diambil dari kepercayaan kuno Nestorian Kanasi di Timur di mana kebanyakan kepercayaan mereka diambil dari agama Kristian. Mereka juga menghormati al-Qur'an dan Injil. Namun sebahagian besar warisan agama mereka diperturunkan secara lisan dari generasi ke generasi berikutnya.

Renteran itu timbullah salah faham mengenai akidah yang mereka miliki antaranya ialah kaum Ezidi mempunyai hubungan dengan agama Zoroastrian sehinggalah tuduhan menyembah matahari melainkan kajian terbaru mendedahkan bahawa meskipun permakaman mereka dihias dengan dekorasi simbol matahari, dan perkuburan mereka menghadap ke arah matahari terbit di sebelah Timur, namun mereka juga didapati mengamalkan beberapa ritual agama Kristian dan Islam.

Rumah Ibadah kaum Ezidi di Basrah, dikenali sebagai Beir Awra.

Orang tua-tua di wilayah terpencil Sinjar masih memakai pakaian tradisional berwarna putih.

Al-Beir merupakan nama kasta lelaki beragama di kalangan Ezidi di mana mereka membaptiskan kanak-kanak dengan air keberkatan begitu juga dalam majlis perkahwinan di mana roti dibahagi dua untuk kedua-dua pengantin. Pengantin mereka akan memakai pakaian bewarna merah dan melawat gereja Kristian.

Pada bulan September, kaum Ezidi akan berpuasa selama tiga hari sebelum meminum arak bersama Beir. Di antara 15 dan 20 September, mereka akan menziarahi makam Sheikh Adi ibnu Musafir di Lalish, Utara Mosul di mana beberapa upacara dilangsungkan seperti mandi di dalam sungai, mengorbankan haiwan dan bersunat.

Tuhan Yang Maha Agung bagi mereka ialah Izdan dan menduduki martabat terulung sehingga tidak dapat disembah secara langsung. Ia diibaratkan sebagai pemilik segala kekuatan, Maha Mencipta segala ciptaan, namun ia bukanlah penjaga.

Kanak-kanak sekolah agama kaum Ezidi mendendangkan lagu dan doa di rumah ibadah mereka, Lalish.

Kuam Ezidi menyembah malaikat burung merak lima kali sehari. Selain itu terdapat sembahan yang lain dinamakan Syaitan sehingga menyebabkan ramai orang menyangka mereka benar-benar menyembah syaitan, padahal bukan bermaksud syaitan yang difahami masyarakat umum.

Mereka percaya bahawa roh sekali lagi akan dipindahkan kedalam sebuah bentuk jasad generasi berikutnya. Yang menjadi masalah ialah kepercayaan golongan Ezidi ini menyebabkan mereka disisihkan dalam masyarakat sedangkan mereka tidak mahu memeluk agama lain.

Di kawasan-kawasan terpencil Tenggara Turki, sempadan Iraq dan Syria, mereka masih menyambung kehidupan di kampung-kampung yang pernah mereka tinggalkan suatu ketika dahulu dengan membangunkan rumah-rumah baru.

Walaupun penganiayaan ke atas mereka terjadi sejak berkurun-kurun lamanya akibat salah faham masyarakat, kaum Ezidi tidak meninggalkan agama mereka. Ini menunjukkan betapa kuatnya sensitiviti pegangan dan identiti.

Ketika kaum ini diusir oleh pengganas ISIS dari Iraq dan Syria, kemungkinan besar mereka akan menghuni wilayah Barat Daya Turki iaitu kawasan yang bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka.