Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Khamis

25 September 2014

8:15:34 PG
640090

Laman kebudayaan ABNA.ir;

Siapakah yang meracun anak Imam Ridha (a.s)?

Sejarah pembunuhan Imam Muhammad bin Ali al-Jawad (a.s) dari ensiklopedia "Peshvayan Hedayat";

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ismailiyan Mihran berkata: Buat kali pertama Abu Ja'far (a.s) diundang dari Madinah ke Baghdad sedangkan beliau sering berulang alik ke Baghdad. Aku berkata kepada beliau: Aku korbankan jiwaku untuk mu, aku khuatir keberangkatanmu ini, oleh itu siapakah imam setelahmu? Imam (a.s) berpaling kepadaku dalam keadaan tersenyum dan berkata: Apa yang engkau perhitungkan itu tidak akan terjadi pada tahun ini..."


Meskipun tidak terdapat perselisihan mengenai pembunuhan Imam Muhammad bin Ali bin Musa al-Ridha (a.s), namun ada dua nukilan utama mengenai dalang tragedi besar ini. Salah satunya ialah pemberian racun kepada beliau yang dikaitkan dengan para menteri khalifah Abbasiyah sementara yang kedua ialah Umm Fadhl, isteri beliau.

Apa yang terkandung di dalam ensiklopedia berharga "Peshvayan e Hedayat" (pemimpin hidayah), jilid ke 11 ialah kes pembunuhan Imam (a.s) itu.

Kepimpinan efisyen Imam Jawad (a.s) menjadikan beliau sebagai paksi bahaya buat kerajaan al-Mu'tasim. Ini disebabkan hubungan Imam Jawad (a.s) dengan kebangkitan dan gerakan umat Islam dianggap tidak jauh. Fakta ini mendorong komplot membendung kewujudan jalan untuk Imam (a.s).

Para penulis sejarah telah menukilkan daripada Zarqan, pembantu Qadi al-Mu'tasim al-Abbasi yang benama Ibnu Abi Daud sebagai: Pada suatu hari Ibnu Abi Daud kembali kepada al-Mu'tasim dalam keadaan diselubungi kesedihan. Aku bertanya kepada beliau, jawabnya: Oh! Sendainya 20 tahun lalu aku keluar (dari barisan kabinet khalifah).

Aku bertanya: Kenapa kau berangan-angan begini?

Jawabnya: Kerana melakukan perbuatan hitam ini, Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Musa untuk Amurul Mukminin (Mu'tasim).

Ibnu Abi Daud bertanya: Seorang pencuri telah mengaku melakukan jenayah dan memohon kepada khalifah agar hukuman hudud dilaksanakan ke atasnya. Khalifah telah menghimpunkan ulama fikah agar hukuman Allah diputuskan ke atasnya. Muhammad bin Ali (a.s) juga hadir. Ketika itu mereka bertanya kepada kami: Di bahagian manakah tangan pencuri harus dipotong?

Aku berkata: Di pergelangan.

Ditanya: Apakah dalil dan hujjahmu yang membenarkan kata-kata ini?

Aku berkata: Dari situlah tangan meliputi jari-jari, telapak tangan dan pergelangan, di dalam al-Qur'an juga (bab tayammum) terdapat ayat: (...فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم...؛) "Maka sapulah wajah-wajah dan tangan-tangan kalian" [1] dari situ wajah dan tangan-tangan anda disapu.

Ketika itu para hadirin sebulat suara denganku. Kelompok yang lain pula mempunyai pandangan mereka. Mereka berkata: Tangan perlu dipotong sampai ke siku. Abu Ja'far bertanya: Apakah dalil yang kamu ada untuk itu?

Mereka menjawab: (...وَأَيْدِيَكُمْ إِلَي الْمَرَافِقِ), dan tangan kalian ke siku [2]. Oleh itu terbuktilah tangan meliputi hingga ke siku.

Ketika itu al-mu'tasim berpaling ke arah Muhammad bin Ali (a.s) dan bertitah: Wahai Abu Ja'far, apa yang engkau katakan?

Beliau menjawab: Wahai Amirul Mukminin, jemaah (ahli fikah) telah bersuara.

Al-Mu'tasim berkata: Tinggalkan apa yang mereka katakan. Apa yang engkau boleh suarakan?

Jawab beliau: Ampunkan saya dengan perbuatan ini.

Al-Mu'tasim bertegas: Demi Allah, katakan apa yang kamu ada.

Abu Ja'far berkata: Sekarang saya bersumpah demi Allah, mereka ini salah faham tentang hukum Allah dan mengambil jalan yang salah, ini disebabkan pemotongan tangan hendaklah dari ruas-ruas jari sementara telapak tangan hendaklah ditinggalkan.

Al-Mu'tasim berkata: Apakah dalilmu?

Abu Ja'far berkata: Ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) bersabda:

«السجود علي سبعة اعضاء: الوجه، و اليدين، و الركبتين، و الرجلين»

Sujud hendaklah dalam bentuk empat tempat: Wajah, dua tangan, dua lutut, dua kaki.

Sekarang sekiranya tangan dipotong dari pergelangan atau siku, tidak ada lagi tangan yang tertinggal untuk sujud. Ketahuilah Allah (s.w.t) berfirman:

وَ أَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ...

Sesunggungnya Masajid eksklusif untuk Allah semata-mata, [3] dan maksud dari Masajid ialah tujuh tempat sujud. Ayat selanjutnya Allah berfirman:

فَلاَ تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

Janganlah menyeru Allah dengan sesiapapun.

Al-Mu'tasim menerima pandangan ini dan bertitah agar jari pencuri dipotong.

Ketika itu Ibnu Daud berkata: Kiamat bakal menjelang, aku bersama-sama dengan masalah ini, oh seandainya aku tidak pernah hidup.

Keputusan membunuh Imam (a.s).

Zarqan menukilkan bahawa Ibnu Daud berkata: Hari ketiga setelah peristiwa itu aku pergi mengadap al-Mu'tasim dan berkata: Memohon kemurahan Amirul Mukminin bagiku adalah wajib dan aku berbicara sesuatu yang aku tahu, akibatnya adalah api neraka.

Al-Mu'tasim berkata: Apakah permintaanmu?

Jawabku: Amirul Mukminin, beliau telah menjerat ahli fikah dan ulama di dalam majlis engkau untuk memutuskan hukum hakam agama, dia meminta keputusan hukum tentang itu daripada semua orang, mereka juga telah menerangkan perkara tersebut dari ilmu mereka di hadapan kerabat bani Abbasiyah dan para menteri. Semua orang yang hadir dan masyarakat di belakang pintu mendengar fatwa mereka. Ketika itu Amirul Mukminin tidak melihat pandangan mereka. Sementara itu keputusan diberi berasaskan pendangan orang lain, bukan daripada hukum hakam daripada ahli fikah. Umat terpecah kepada dua golongan dalam masalah kepimpinan. Satu golongan menisbatkan beliau sebagai khalifah, sehingga lebih utama dari khalifah sekarang.

Ibnu Abi Daud berkata, warna dari wajah khalifah mulai suram dan dia faham maksudnya, ketika itu dia berkata kepadaku: Semoga tuhanmu memberikan ganjaran untuk anugerah ini!...

Pembunuhan Imam (a.s) di tangan para menteri.

Pada hari keempat selepas debat tersebut, khalifah Abbasiyah memberikan perintah kepada para menterinya supaya memanggil Imam Jawad (a.s) ke rumahnya. Namun Imam (a.s) tidak setuju dan berkata: Tahukah engkau, aku tidak akan hadir dalam majlis-majlis kalian.

Menteri berkata: Aku mengundangmu untuk jamuan makan, aku gembira engkau datang ke rumah kami dan menapak di atas permaidani kami sehinga kewujudanmu dan aku membuatkan rumah menjadi berkata. Sementara itu seorang menteri (sambil menyebut namanya) berasa gembira untuk bertemu denganmu.

Imam (a.s) menerima undangan, pergi ke rumahnya dan duduk di sisi hidangan. Setelah itu beliau merasakan sedikit makanan dan merasai kesan racun sehingga meminta untuk pulang dan meninggalkan temapt itu. Tuan rumah meminta beliau tetap tinggal di situ dan beliauberkata: Pemergianku dari sini adalah lebih baik untukmu. Sejak dari hari itu, keadaan beliau sudah berubah di waktu siang dan malam tanpa sebarang perlindungan sehinggalah riwayat hidupnya berakhir. [4]

Imam Jawad (a.s) wafat setelah undangan tersebut. Ismail bin Mahran berkata: Buat pertama kalinya Abu Ja'far (a.s) diundang ke Baghdad sedangkan beliau sudah mempunyai kesediaan untuk ke sana. Aku bertanya kepada beliau: Aku korbankan jiwaku untukmu, aku bimbang terhadap perjalananmu. Siapakah Imam setelahmu?

Imam (a.s) menoleh ke arahku dalam keadaan tersenyum: Apa yang engkau rasa tidak akan akan terjadi pada tahun ini.

Ketika al-Mu'tasim mengundang beliau dan kali kedua beliau ke Baghdad, aku bertanya: Semoga jiwaku menjadi korban untukmu. Siapakah Imam setelahmu?

Betapa sedihnya Imam (a.s) sehingga mengalirkan air mata, beliau menoleh ke arahku dan berkata: Aku pergi bersama kebimbanganmu. Imamah setelahku dipegang oleh anakku, Ali. [5]

Pembunuhan Imam (a.s) ditangan isterinya.

Kewujudan Imam menyebabkan khalifah Abbasiyyah menjadi cemas. Al-Mu'tasim melihat beliau sebagai bahaya paling besar untuk kuasa kekhalifahan dan kesultanannya. Untuk menghapuskan beliau, al-Mu'tasim mencari jalan yang lebih cekap dan kurang berbahaya. Setelah banyak membuat perhitungan, akhirnya beliau menemukan cara melalui puterinya Ummul Fahdl dan isteri Imam Jawad (a.s) sebagai pilihan terbaik untuk misi jahatnya. Menurut al-Mu'tasim, Ummu Fadhl mampu membunuh Imam Jawad (a.s) tanpa mencetuskan huru hara dan pemberontakan ummat.

Al-Mu'tasim melihat dua kriteria daripada Ummul Fadhl yang boleh dijadikan alasan bagus untuk membunuh Imam Jawad (a.s).

Pertama: Ummul Fadhl mempunyai hubungan utuh dengan susur galur khalifah Abbasiyah, ini disebabkan dia dalah puteri khalifah sebelumnya (al-Makmun). Lebih-lebih lagi dari sisi akidah juga dia tidak kisah sekiranya kepimpinan dicenderungkan ke arah ikatan keluarga. Dengan ini dia dengan mudah dapat tunduk dengan permintaan al-Mu'tasim dan menjalankan rancangan terhadap Imam Jawad (a.s).

Kedua: Kedengkian dan kebenciannya terhadap Imam Jawad (a.s). Ini disebabkan Ummul Fadhl tidak pernah melahirkan anak. Selain itu Imam (a.s) mempunyai seorang anak daripada isteri lain yang bernama Imam al-Hadi (a.s). Kedengkian ini tidak disembunyikan daripada masyarakat. Penulis sejarah menceritakan: Orang berkata: Menurut surat Ummul Fadhl kepada ayahnya Abu Ja'far, dia menulis: Dengan kewujudan aku, isteri lain telah terpilih dan kerana itu kedengkian telah menyelubungiku.

Ma'mun dalam jawapan kepada puterinya menulis: Aku tidak membawa kau kedunia untuk menjadi isterinya sehingga menghalalkan apa yang haram ke atasnya. Janganlah engkau tulis seperti ini kepadaku lagi.[6]

Setelah kemangkatan Ma'mun, al-Mu'tasim cuba sedaya upaya untuk membunuh Abu Ja'far (a.s). Apabila dia mengetahui bahawa Ummul Fadhl sakit hati dengan Imam, raja Abbasiyah merasakan si isteri itu sesuai menjalankan misinya dan ternyata Ummul Fadhl juga menerimanya.

Dia melumurkan racun ke atas anggur ungu dan membawanya kepada Imam (a.s). Oleh kerana Abu Ja'far (a.s) memakannya, Ummul Fadhl dirsuk perasaan menyesal dan mulai sebak sehingga menitiskan air mata. Abu Ja'far (a.s) berkata: Kenapa engkau menangis? Demi Allah, Allah menimpakan musibahmu sebagaimana orang fakir yang tiada pilihan dan orang sakit yang tidak dapat menyembunyikannya.

Terguris dengan laknat Imam (a.s), Ummul Fadhl terkena penyakit dari bawah badannya. Semakin dia membiayai rawatan, dia kian miskin sehingga ke peringkat orang memberikan sedikit wang kepadanya kerana kasihan. Akhirnya Ummul Fadhl maut dengan penyakit itu. [8]

Imam Jawad (a.s) ditimpa sakit yang keras akibat anggur beracun yang diberikan Ummul Fadhl sehingga wafat. Di penghujung riwayat hidup, beliau tidak lupa kepada Allah dan sentiasa menyebut serta berzikir dengan lidahnya.

Bintang bersinar Imamah dan kepimpinan maksumin Islam diliputi kegelapan dengan kematian beliau walaupun dalang pembunuhannya muncul satu persatu samada kerana kesumat, mahupun iri hati seorang perempuan. Namun sebenarnya perselisihan lampau antara hak dan batil jenayah ini tersurat dalam lembaran sejarah dan kerajaan taghut kesultanan al-Mu'tasim Abbasiyah tidak dapat duduk senang dengan hakikat kemurnian wujudnya Imam Jawad (a.s) sehingga tergamak membunuhnya.

Dengan pembunuhan Imam Jawad (a.s), lembaran risalah Islam cuba disimpan dalam lipatannya sedangkan sinarannya terus menerangi seluruh alam semesta.

[1] Surah al-Maidah, ayat 5
[2] Surah al-Maidah, ayat 5
[3] Surah al-Jin, ayat 18
[4] Biharul al-Anwar, 7.5/50
[5] Al-Irshad, 298
[6] Kashful Ghimmah, 2/358
[7] Buhar al-Anwar, 63.62/50
[8] ibid, 17