Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Jumaat

26 September 2014

5:35:32 PG
640281

Askar Nigeria umum kematian ketua Bokoharam

Jurucakap askar Nigeria mengesahkan mayat sebuah klip video adalah individu yang mengapalai kumpulan pengganas Boko Haram .

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Askar Nigeria buat pertama kalinya mengesahkan kematian ketua kumpulan pengganas Boko Haram, Abu Bakar Shekau, pada hari Khamis (semalam).

Walau bagaimanapun pihak askar tidak memberikan butiran terperinci mengenai tempat dan waktu pembunuhannya.

Sejak tahun 2009, kerajaan Nigeria telah membuat dua kali pengumuman tidak rasmi tentang kematian pemimpin Boko Haram ini.

Jurucakap askar, Jeneral Major Chris Olukolade memaklumkan, pengganas Boko Haram berusaha menawan perkampungan Konduga, berhampiran Cameroon, namun pasukan darat dan udara Nigeria berjaya mematahkan serangan ini.

Tambah beliau lagi, "Dalam pertempuran ini, Muhammad Bashir yang berlagak mengambil alih tugas pemimpinnya yang terbunuh dalam sebuah video turut menemui ajal."

Ekoran terbunuhnya Abu Bakar Shekau, 135 orang anggota Boko Haram dilaporkan menyerah diri dan senjata masing-masing, di perkampungan Biu, berhampiran wilayah yang menjadi rebutannya untuk menegakkan negara pelampau.