Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Sabtu

11 Oktober 2014

11:25:32 PG
643620

Sistem pemerintahan di zaman kemunculan Imam Mahdi

Masyarakat di zaman pemerintahan Imam Mahdi mempunyai tanggung jawab saling bantu membantu dan merealisasikan perintah Allah (s.w.t) di samping menerima Imam Mahdi (a.s) sebagai pemimpin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kemunculan seorang juru selamat merupakan akidah umum dalam semua agama. Samada seluruh atau separuh nukilan kabar gembira dalam kitab Bible telah menyatakan alam semesta tidak selamanya dibelungu kezaliman dan kerosakan; Bahkan golongan orang soleh dikabarkan akan diketuai seorang "pemimpin dijanjikan" yang memerintah alam semesta dengan keadilan dan saksama.

Akar umbi akidah tentang Imam Mahdi dan penyelamat menyebabkan masyarakat dalam berbagai zaman telah dan akan menerima serta mengikuti beliau. Oleh kerana itu kepercayaan ini menyebabkan golongan penipu daya mengeksploitasinya. Di sepanjang sejarah, golongan ini memperkenalkan diri mereka sebagai al-Mahdi atau pembantu beliau sehingga jalan suci akidah yang dilalui masyarakat dicemari dengan niatnya. Kebetulan pula penipu daya ini berjaya mencapai maksudnya samada penipu daya kecil kecilan yang misinya adalah harta benda, atau penipu daya besar yang mampu mencapai kekuasaan memerintah sehingga tersebarnya aliran sesat melalui dakwaan-dakwaannya.

Begitu juga musuh Islam dan kemanusiaan yang sentiasa gentar dengan kerajaan adil dan insan sempurna. Dari satu perspektif, dengan membangunkan dan menumpu perhatian terhadap soalan serta keraguan, mereka berusaha melemahkan akidah kemunculan juru selamat di dalam hati anak adam. Dari sisi yang lain, mereka mencipta wajah ngeri buat pemimpin Ilahi itu dengan mendungukan media dan perfileman.

Sebagai reaksi terhadap tindakan ini, setiap minggu wartawan ABNA cuba mengupas hal ehwal Mahdawiyyat dengan penjelasan bersanad dan utuh dengan tema "Dalam Penantian Juru Selamat" supaya sebarang pertikaian terhadap Imam Mahdi (a.s), debu-debu fitnah dan serangan terkini dapat diterangkan.

Salah satu tanda tanya yang terkenal di kalangan golongan elit ialah masalah demokrasi pemerinahan Imam Mahdi (a.s); Contohnya katakanlah penduduk di sebuah negara demokrasi di zaman kemunculan beliau tidak menerima pemerintahan Imam Mahdi (a.s) yang dipenuhi keadilan? Apakah Imam (a.s) akan mencengkam mereka dengan pemerintahannya secara diktator? Atau beliau akan menghormati keputusan dan kebebasan mereka? Dengan mengamati kewajipan taat secara muktamad terhadap Imam (a.s), apakah masyarakat di zaman kemunculan mempunyai peranan atau pasif?

Berasaskan topik tersebut, wartawan ABNA cuba mendapatkan penjelasan tentang penantian Juru Selamat dalam tema "Hubungan masyarakat demokrasi dengan pemerintahan Imam Mahdi (a.s)" bersama Hujjatul Islam Dr. Ghulam Reza Behruzlak, ahli jawatankuasa ilmu dan seorang pensyarah jurusan politik di Universiti Baqir Ulum yang mana beliau telah banyak mempelajari secara meluas mengenai hal ehwal Mahdawiyyat.

Sebagai pengantara kata, beliau menjelaskan definisi demokrasi dengan menyatakan, "Demokrasi mempunyai makna pemerintahan rakyat. Iaitu individu-individu masyarakat akan menumpukan perhatian terhadap pandangan-pandangan individu, peribadi dan majoriti dalam perlaksanaan kerajaan melalui jalan pilihanraya. Dalam kata lain, demokrasi adalah satu bentuk kerajaan yang mana rakyat menjadi pemerintah di dalamnya dan dilaksanakan dalam bentuk tuntutan-tuntutan masyarakat dan ianya melalui proses sejarah yang panjang."

"Plato dan Aristotle telah berburuk sangka terhadap demokrasi. Aristotal tidak menyebut pemerintahan demokrasi Athens secara baik. Kerajaan demokrasi Athens merupakan kerajaan yang telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Socrates, guru kepada Aristotal dan ahli falsafah Greek purba. Sepanjang zaman pertengahan Kristian, dengan meneliti kerajaan Ilahi gereja dan pandangan-pandangan Kristian, agama dua pedang yang dipelopori St Augustine dan Aquinas St., kedua-duanya ini tidak menerima demokrasi rakyat.

"Demokrasi rakyat buat pertama kalinya dirintis dari pendekatan-pendekatan humanisme di bahagian Barat moden yang berbentuk perluasan dan universal. Ia semakin lama kian meluas. Misalannya Bobbes, John Locke dan Rousseau telah membangunkan teori dan mereka cuba menerangkan bagaimanakan kerajaan rakyat dapat diterima dan apakah bentuknya. Sejak akhir-akhir ini, secara praktikalnya fesyen demokrasi berada dalam bentuk sistem-sistem perwakilan dan parlimen dengan kemunculan parti-parti, pertubuhan-pertubuhan sosial dan NGO. Perkara ini menjadi suatu wacana yang luas di zaman menduniakan gelombang demokrasi," tutur beliau.

Dr. Ghulam menjelaskan ciri-ciri masyarakat yang menerima Imam Mahdi (a.s) sebagai, "Masyarakat Imam Mahdi (a.s) mempunyai karakteristik. Pertama; peka secara keseluruhan dan betapa pekanya insan, sehingga rata-rata mereka dapat memahami hakikat dan tidak ada lagi pertentangan pandangan-pandangan serta wacana. Kedua; Kesedaran insan sehingga ke tahap mereka lebih memberikan fokus kepekaan berbanding terhadap diri sendiri, iaitu manusia di zaman kemunculan lebih menerima kesedaran berbanding memerhatikan diri sendiri manakala golongan elit menerima sesuatu dengan kesedaran; Ketiga; Masyarakat Imam Mahdi (a.s) amatlah besar dan nikmat-nikmat Ilahi benar-benar jelas dan nyata di kalangan mereka.

"Sekiranya tiga ciri-ciri ini diterapkan dalam sebuah masyarakat, apakah kita masih lagi memerlukan demokrasi? Demokrasi memberikan jawapan dalam sesebuah masyarakat bahawa manusia pasti mempunyai pandangan berbeza, kefahaman mereka saling bertentangan dan melazimkan kepelbagaian. Dari sisi lain, manfaat, berbilang dan bertentangan. Demokrasi memberikan jawapan yang baik dalam masyarakat begini. Namun dalam sebuah masyarakat yang dipimpin oleh seorang insan berperadaban, apakah di sini demokrasi dapat memberikan jawapan? Dapat dikatakan kita mempunyai sesuatu yang lebih baik dari demokrasi. Demokrasi tidak lagi bermanfaat dan tidak dapat memberikan faedah; Ini disebabkan tiada lagi perbezaan pandangan dan manusia sedia menerima insan berperadaban ulung sehingga memimpin mereka dan ianya tidak mencari kesempatan.


"Dalam masyarakat Imam Mahdi (a.s), rakyat dan kerajaan mulia diperjelaskan bahawa kemuncak hasrat dan usaha mereka dapat kita baca dalam doa iftitah iaitu "اللهم انا نرغب اليك في دولة كريمة تعز بها الإسلام و اهله، و تذل بها النفاق و اهله، و تجعلنا فيها من الدعاة إلى طاعتك‏", yang merupakan unsur kebudayaan. Semua orang ingin bekorban dan menuntut kesejahteraan. Di sinilah sistem keimamahan secara praktikalnya menjadi lebih baik daripada demokrasi. Kesimpulannya masyarakat Imam Mahdi (a.s) di zaman kezuhuran merupakan zaman demokrasi kehilangan nilai-nilai fundamentalnya.

"Manusia akan menyertai dalam kerajaan mulia ini, aktif dan setia. Mereka aktif dalam maksud sedar dan siap sedia. Setia iaitu berusaha membantu satu sama lain yang mana perintah Allah akan menjadi realiti dalam masyarakat. Secara tak langsung mereka menerima seorang pemimpin dan pemimpin itu ialah Imam (a.s)," jelas beliau.

Mengenai tanggung jawab atau hak asasi di zaman kezuhuran, berkata, "Mereka ada hak dan tanggung jawab dalam setiap sistem pemerintahan. Bukan bermakna sentiasa menuntut hak sehingga di dalam sistem Individualistik Liberalisme pun tidak begini, iaitu seorang individu menuntut haknya, Bahkan mereka harus menunaikan tanggug jawab. Asas demokrasi moden berprinsipkan kemuafakatan sosial. Dalam kemuafakatan sosial, sebuah perjanjian akan dimeterai sehingga wujudnya sebuah sistem. Sekiranya individu-individu yang tidak menerima sistem ini, maka sistem itu dan tanggung jawabnya tidak akan wujud.

"Dalam pemikiran Islam, terdapat juga perjanjian dan tanggung jawab. Ini disebabkan ianya tidak sama dengan teori individualisme Liberal yang terkenal dengan kemuafakatan suara sosial. Di ssini tanggung jawab dan hak asasi tidak dapat dibezakan. Oleh itu hak dan tanggung jawab terdapat dalam masyarakat Imam Mahdi (a.s). Ada hak asasi namun tanggungjawab juga wujud, iaitu tanggung jawab terbimbing. Insan merasakan dirinya ada tanggung jawab terhadap masyarakat ideal, mereka berfikir agar sampai kepada sebuah pemikiran. Akibatnya mereka menerima tanggung jawab. Inilah sesuatu yang ada dalam masyarakat Imam Mahdi (a.s), hak dan tanggung jawab sentiasa seiring. Namun bagaimanakah ia dapat bergabung dengan identiti sistem pemerintahan Imam Mahdi.

"Imam Zaman (a.s) ingin memakmurkan keIlahian dalam masyarakat, kemakmuran Ilahi ialah "لیحق الحق و یحققه" (demi merealisasikan kebenaran dan menjadikannya sebuah realiti). Dalam doa 'Ahd, kita membaca bahawa Imam akan datang dan merealisasikan kebenaran setelah itu memerintah bumi. "جاءَ الْحَقُّ وَ زَهَقَ الْباطِلُ إِنَّ الْباطِلَ كانَ زَهُوقا" ("Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap). Sekiranya kita berfikir tentang pandangan ini, Imam Zaman (a.s) mempunyai kemakmuran yang mana jelmaannya dapat melenyapkan kebatilan.

"Begitu juga sirah para nabi (a.s), misalannya penduduk Ratu Saba yang terletak di negeri jauh dari kerajaan Nabi Sulaiman (a.s) dan sibuk dengan kehidupan mereka sendiri. Mereka tidak ada sebarang urusan dengan Sulaiman (a.s) dan baginda juga tidak mengetahui mengenai mereka. Hudhud telah membawa berita, majlis apakah itu bilamana sebuah kumpulan di sudut alam semesta menyembah matahari. Keagungan tauhid Nabi Sulaiman (a.s) tidak menerima perkara tersebut dan tidak dapat membiarkan sebuah negeri yang jauh tinggal di atas kekafiran dan kesyirikan. Katakan dalam masayarakat Ratu Saba tidak mempunyai raja dan ratu manakala bentuk kerajaannya adalah demokrasi. Apakah Sulaiman (a.s) mempunyai masalah dengannya atau tidak menerima penyembahan berhala? Sebenarnya Sulaiman (a.s) bermasalah dengan penyembahan berhala meskipun ada demokrasi atau sistem beraja. Sulaiman (a.s) tidak dapat menahan diri. Maka di dalam masyarakat Imam Mahdi (a.s) juga tidak akan menerima syirik dalam sebarang bentuk. Allah (s.w.t) di dalam ayat 55, surah Nur telah menunjukkan perkara ini: "يَعْبُدُونَني‏ لا يُشْرِكُونَ بي‏ شَيْئا" (Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku). Dalam masyarakat Imam Mahdi (a.s) semua orang beribadah kepada Allah," terang beliau kepada wartawan ABNA.

Di akhir wawancara beliau berkata,"Dengan mengamati ayat "قُلْ يا أَهْلَ الْكِتابِ تَعالَوْا إِلى‏ كَلِمَةٍ سَواءٍ بَيْنَنا وَ بَيْنَكُم", (Katakanlah, wahai Ahli Kitab, marilah ke arah kalimah yang sama antara kami dan kalian) salah satu daripada kalimah sama kita dengan Ahli Kitab ialah semua orang sedang menanti meskipun penantian itu mempunyai nama yang berbeza. Dengan ini ia dapat dijadikan sebuah prinsip bersama antara kita dan Ahli Kitab."